seharusnya umat islam perlu berjaya di dunia dan akhirat. antara rahsia kejayaan dunia dan akhirat adalah melalui kesempurnaan solat. persoalannya...bilakah kali terakhir kita belajar solat? pernah semak tak solat kita sempurna atau tidak?
untuk umat islam, solat merupakan antara perkara asas dalam kehidupan. maklumlah citer bab solat ni dari kecil yakni seawal kita mengenal sehinggalah dah umur sekarang ni pun masih lagi tak habis citer bab solat. dan yang lagi best citer bab solat ni tak berhenti di sini (dunia) malah akan berlarutan sehingga ke alam satu lagi yakni alam barzakh. jadi mengapa harus kita meminggir isu solat sebagai isu remeh temeh? seharusnya kita mengambil serius isu solat ini seumpama seriusnya perbincangan tentang parti politik mana yang lebih betul.
post kat fb lg:
niat yang betul, pengurusan masa, penjagaan kebersihan, perbuatan yang tertib dan perkataan yang baek semuanya terkandung dalam SOLAT. ayuh kita jaga SOLAT
mungkin solat dianggap sebagai tiada kaitan dengan kehidupan. cuba kita fikirkan dan renungkan secara mendalam dengan hati yang benar. siapakah yang lebih memerlukan solat? adakah kita yang memerlukan solat atau Allah yang perlukan solat? Maha suci Allah, Dia yang menjadikan manusia dan arahan untuk manusia solat itu kerana Allah lebih tahu apa yang manusia perlukan.
insyaAllah dalam bab akan datang akan dikongsikan bagaimana perkaitan solat dengan kehidupan. dan bagaimana praktis dalam solat ini boleh membawa kepada kejayaan dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment