i k l a n

Wednesday, May 23, 2012

apa kamu lihat?


Tetiba satu hari tu aku dapat soklan best.

Jika kamu melihat wanita, apa yang kamu lihat? Adakah pada kecantikannya atau pemakaiannya atau pergerakannya?

Hurm..susah jugak nak jawab. Maklumlah tak pernah sedar nape kita tengok sesorang tu. Antara tengok dengan sengaja atau secara kebetulan. Tapi rasanya soklan ni fokus yang sengaja. Puas jugak aku pikir nape aku tengok seseorang perempuan.

Setelah berfikir panjang, aku rasa aku dah dapat jawapannya. Biasanya kita tengok sesuatu tu tentulah sebab ada suatu tarikan. Tak kiralah apa benda sekalipun. Dan tarikan tu pulak tak kisahlah positif atau negatif.

Kebiasaanya tarikan utama adalah kecantikan. Kecantikan tu pulak terlalu subjektif. Samada kecantikan pemakaiannya atau kecantikan empunya diri. Tapi kecantikan dari pergerakan tu memang tak masuk senarai. Apa jadahnya cantik pergerakan.

Cantik pemakaian adalah dari segi matching color, kaedah penggayaan, fesyen dan sebagainya. Kiranya dalam bahasa mudah semua padanlah. Cantik empunya diri ni pulak biasanya dirujuk dengan raut wajah. Dan definasi cantik pada wajah tu pulak bergantung pada mata yang melihatnya. Bagi sesetengah wanita tampak cantik dengan mekap dan ada yang sebaliknya. Dan ada satu lagi, ada sebilangan wanita yang wajahnya biasa-biasa saja tapi mempunyai tarikan tersendiri. Mungkin aura wajahnya yang menyinar.

Aku pernah tanya la kawan-kawan selelaki dengan aku. Bagaimana wanita pilihannya. Kebanyakkannya cakap wanita yang cantik dan perpakaian seksis tu hanya untuk dilihat saja (untuk lelaki itu adalah sekadar untuk nafsu semata / awas untuk kaum wanita yang telah menjadi bahan untuk tontonan umum). Wanita yang akan dipilih adalah wanita yang baik hati budinya. Dan ada sesetengahnya menambah kecintaan kepada Allah sebagai prasyarat.

Tapi apa yang islam ajar adalah tundukkanlah pandangan bila melihat sesuatu yang tidak patut untuk kita lihat (untuk lelaki dan wanita). insyaAllah dengan menjaga penglihatan kita, kita akan dihidangkan dengan pandangan yang indah-indah belaka. 

3 comments:

Anonymous said...

kecantikan wanita di dunia adalah percikkan kecantikan dari bidadari syurga... boleh di lihat hanya sekali pandangan sahaja.... pandangan kedua dan seterusnya.... menambah nafsu semata... jagalah pandangan kerana ianya menambah iman didada....

muhsync said...

fuhh...insaf. thanx for comment

Anonymous said...

mengakulah nko tengah mencari calon isteri.. hehehehe.. Amin mudah-mudahan.. hihihi..

Related Posts with Thumbnails