Suatu hari tu aku ada dengar satu
rancangan soal jawab berkenaan hal ehwal agama. So ramailah yang call bertanya
ustaz yang jadi panel tentang pelbagai kesulitan dalam hal beragama. Tetiba ada
sorang pemanggil perempuan yang call. Dia cakap dia sudah bosan dan penat
dengan segala jawapan dan alasan yang diberikan. Apa yang dimaksudkan perempuan
tadi, tentang permasalahan yang beliau hadapi dan tidak berpuas hati dengan
jawapan yang diberikan oleh golongan ustaz yang beliau jumpa. Dia cakap
asyik-asyik jawapannya SABAR. Selama mana dia harus bersabar lagi dengan
masalah yang dia hadapi itu. Permasalahan yang dia hadapi adalah berkaitan dengan
rumahtangga dan pengamalan agama suami yang merupakan sorang saudara baru tapi
selalu mengelak untuk mengamalkan ajaran islam.
Pada mulanya aku macam tergamam jugak
dengan cara perempuan ni cakap. Tapi aku sedar yang perempuan ni sebenarnya
tengah diuji. Aku cuba lihat bagaimana ustaz yang jadi panel itu memberi
jawapan yang penuh hikmah.
Ustaz tersebut memulakan jawapan dengan
meminta perempuan tersebut untuk berlapang dada terlebih dahulu. Ini merupakan ujian dari Allah swt. Dan
jawapan yang terbaek yang boleh diberikan oleh saya (ustaz tersebut) sebagai
seorang manusia adalah BERSABAR. Sesungguhnya seorang manusia itu mempunyai had
limit tertentu. Sesungguhnya seorang ustaz itu pun terhad dengan ilmunya.
Sesungguhnya saya juga memahami puan ingin sekali suatu jawapan yang dapat
menyelesaikan masalah puan. Tapi sehingga ke saat ini puan masih lagi mendapat
jawapan yang sama yakni BERSABAR. Jadi maksudnya puan perlu beralih kepada
kaedah lain yakni dengan mengadu pula kepada Allah swt. Mintalah kepada Allah
jawapan kepada masalah puan. Bacalah alquran dan terjemahannya sebab
kemungkinan puan akan beroleh jawapannya dari sana. Tapi ada syarat yang puan perlu
lakukan yakni perlulah berserah diri sepenuhnya kepada Allah swt. Dan akan
redha dengan ketentuanNya. Hanya itulah sekadar respon lemah yang dapat saya
berikan terhadap permasalahan puan. Wasalam.
Aku sebenarnya teringat kata kawan aku
bila dengar respon ustaz tersebut, kata kawan aku, adalah susah untuk kita
meminta dari manusia. Adalah lebih mudah meminta kepada Allah sebab Allah Maha
Memberi.
No comments:
Post a Comment