sedikit coretan | menambah pengalaman | berkongsi kemesraan | menghayati keindahan
i k l a n
Sunday, August 23, 2009
lilin ilmu...!!
assalamualaikum wbt...
alhamdulillah hari ini sudah masuk hari kedua umat islam menunaikan puasa. tetiba terasa sangat menulis blog hari ni. walaupun penat dan agak mengantuk tapi tetap gagahkan diri untuk memastikan saya dapat memaparkan sesuatu di blog ini. sebenarnya saya amat tertarik dengan cerita dari entri yang lepas berkenaan dengan "lilin cinta". ceritanya agak menarik sekali. kali ini saya ingin membawakan falsafah yang berkaitan dengan lilin iaitu cahaya.
sebelum ini pernah terbaca satu novel (dah lupa novel apa) yang mengumpamakan ilmu itu sebagai cahaya. ilmu itu ibarat cahaya. ia akan menyerap dan diserapi oleh hati yang benar-benar bersih. bersih dari segala pengaruh-pengaruh negatif. apa kaitan ilmu dengan lilin pula? seperti dalam cerita "lilin cinta". kenapa dia tidak takut untuk berkongsi cahaya dengan orang lain. sebabnya dia tahu cahaya itu tak akan berkurang sedikit pun walaupun dia berkongsi dengan orang lain. umpama kasih sayang begitu juga dengan ilmu. ia suatu yang tak akan lupus atau rugi untuk dikongsi. malah ilmu itu akan meluas lagi dan menerangi seluruh alam semesta.
andaikan kita berada di dalam sebuah bilik yang gelap. di dalam bilik tersebut terdapat ramai yang memegang lilin tapi hanya lilin kita sahaja yang mempunyai api dan bercahaya. masa itu terpulang kepada kita samada kita nak berkongsi cahaya tersebut atau nak memberikan orang lain api supaya lilin mereka juga menyala mengeluarkan cahaya. andainya kita kongsi cahaya sahaja, mungkin yang dapat cahaya tersebut hanyalah 2 atau 3 orang yang terdekat dengan kita sahaja. jika kita memberi api kepada orang lain, orang lain juga akan mendapat cahaya tersebut dan cahaya itu dibahagikan lagi kepada yang lain-lain dan hasilnya bilik tersebut akan dipenuhi cahaya dan teranglah bilik tersebut.
janganlah kita takut atau kedekut atau sombong untuk berkongsi atau mengajar sesuatu ilmu itu kepada orang lain sebab kita tidak akan rugi sedikit pun malah ia akan menyenangkan kita juga. suka untuk menyelitkan kisah-kisah yang berlaku dikalangan rakan-rakan dikampus suatu ketika dulu. ada dikalangan mereka yang sangat baik dan sudi mengajar orang lain tapi ada juga yang cukup kedekut malah susah sekali untuk berkongsi sebarang tips.
malah sekarang ini bila berada di peringkat ijazah sarjana menyebabkan saya merasakan bahawa kita cukup kerdil dan ilmu yang ada masih cukup sedikit. wah...terlalu banyak yang perlu saya pelajari dan amat ingin pelajari agar saya tahu apa yang sebelum ini tidak diketahui dan dapat saya kongsi dengan orang lain yang masih belum tahu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Memang betul ilmu itu ibarat cahaya... Orang yang mendapat anugerah ilmu dari Allah amat beruntung. Tetapi untuk mendapatkan anugerah itu, kita kena berusaha. Salah satu usahanya ialah dengan berkongsi ilmu. Jadi jangan kedekut untuk berkongssinya kerana semakin kita berkongsi, semakin banyak yang kita pelajari..
Post a Comment