i k l a n

Wednesday, October 28, 2009

lagi conferece menanti...fuhhh



dalam post yang sebelum ni saya ada tanya berkenaan persidangan selanjutnya pada tahun 2010. di atas adalah gambar printscreen website next conference yang bakal saya hadiri..

hari ini agak suram sikit memulakan hari. mood agak kurang baik. lepas solat subuh tido balik. perkara yang dah lama tak buat. itulah..bila memulakan hari dengan mood yang kurang maka satu hari tersebut penuh dengan perkara yang tak best. ish...sungguh negatifkan. itulah yang berlaku hari ini. hanya untuk berkongsi sahaja.

masuk jek makmal pagi ini, Muhammad Gomma (master student from egypt) bagitau yang penyelia kami suruh kami menyiapkan abstract dan full paper untuk 2 conference yang bakal berlangsung jun 2010 nanti. itulah yang saya cari sebelum ini tapi yang agak kurangkan mood lagi adalah saya perlu submit satu abstract sebelum 30 okotber 2009. hah..maksudnya ada lagi 2 hari. aduhh..kerja-kerja yang dirancangkan sebelum ini macamana??!!

jadi nak tak nak kena buat juga. bila buka website terbabit dapat lihat yang conference tersebut bertaraf international. dianjurkan oleh Universiti Teknologi Petronas (UTP) yang bakal berlangsung pada 15-17 june 2010. kedua-dua conference adalah conference yang sama cuma berlainan tajuk yang dianjurkan oleh UTP. boleh rujuk gambar di atas. bakal berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre. tajuk besar conference ini adalah "a conference of World Engineering, Science and Technology Congress (ESTCON)".

yang tak best lagi hari ini, disebabkan ada beberapa kerja yang belum selesai tertinggal kat rumah. terpaksa laa balik rumah. sampai je kat rumah tetiba dapat call dari pembekal cartridge yang telah pun sampai ke kampus. aduss nak kena balik ke makmal semula untuk uruskan semua itu. kan dah cakap tadi. mulakan hari dengan senyuman dan penuh keceriaan. barulah hari kita lalui akan ceria semuanya. sebab apa yang tertarik kepada kita adalah perkara-perkara positif sahaja. call for positif..

ehmm...mana positif ni tak hadir-hadir lagi..huhuhu

.: muhsync :.

5 comments:

faizulamin said...

beb.. aku pun nak kena submit abstract by 30hb ni..
bengong dah aku ni beb.. uhuhu..
dah jumpa blom ko punye positiveness tu?

muhsync said...

eh..bila ko nak submit abstract apa ni?? ko dah sambung master ke pe ni??

positif oo positif...dia pekak kot sebab tu xdgr aku panggil..!!

faizulamin said...

ape, ko ingat student je ke yg ada abstract? ape daa ngko nih.. oii.. ape dah jadi dgn ko nih muhsync.. gi la synchronize balik.. dah tak betui dah ko ni beb.. haha..

ikanbesh said...

urm.. good luck dalam ko punye paper2
tapi la pada pandangan aku..
melalui pengalaman aku yg xseberapa ni..
cari conferences yg ade "semut"nya ok.. jgn sampai conferences yg "gembus".. ayat dr seorg yg mempunyai "lecture note" (jurnal yg ber"impact factor") yg sgt banyak..

gembus means nothing.. just only conferences..
semut means conferences yg ade impact..
itulah yg berlaku pada aku.. n akan ak cuba baiki..pengalam aku yg ak nk kongsi ngan ko..hehehe
wallahualam..
nice meeting u n blogsphere.. aku jumpa blog ko dr faizulamin.net..
good luck in ur master..
doakan aku dapat submit by end of this year.. okay

muhsync said...

thanx ikanbesh..betol tu. pernah gak hadiri conference yg gembus tu. mmg rasa cm rugi hantar paper sebab nothing juz got some experient in presentation. thanx for ur comment and ziarah =)

Related Posts with Thumbnails