sedikit coretan | menambah pengalaman | berkongsi kemesraan | menghayati keindahan
i k l a n
Tuesday, October 27, 2009
Jalan Kaki atau Kaki Jalan..ish..
apa..? jalan kaki..!! penatlah. itu lah alasan yang biasa kita dengar bila diajak ke mana-mana dengan berjalan kaki. tapi ada juga yang memberi alasan tak bergaya atau low class. sebab tu lah kita tengok orang-orang kita ni ada duit sikit terus beli kereta sebab mengejar kelas itu tersendiri.
sebenarnya berjalan kaki ini merupakan suatu yang sangat menyeronokkan. percaya tak? terutama kepada yang dah lama tak berjalan kaki. dalam minggu ini sudah beberapa kali saya berjalan kaki untuk ke mana-mana. selain dari baik untuk kesihatan ia juga merupakan suatu yang indah.
bila berjalan kaki, saya dapat lihat pelbagai kerenah manusia, dapat menghayati pemandangan, dapat berfikir tentang pelbagai perkara (imaginasi) dan lain-lain. cukup seronok sebenarnya kerana waktu itu masa berlalu agak perlahan dan penghayatan yang terlintas dikepala berlalu dengan penuh penghayatan. agak-agak bagaimana ye..?
saya biasanya bila berjalan kaki, suka sangat melihat telatah manusia. bila tengok kanak-kanak bermain terus kepala saya mengimbau zaman kanak-kanak saya dulu. macam semalam. ada seorang budak lelaki yang sedang leka bermain tapi sempat menegur saya. saya sempat angkat tangan (melambai) dengan sekuntum senyuman dan budak lelaki tersebut membalasnya. wah indahnya kehidupan ini.
disamping itu..saya suka melihat keindahan pemandangan. cukup excited dengan pemandangan. sebab saya cukup sukakan ketenangan dan kedamaian. jadi masa berjalan inilah saya dapat melihat langit yang biru terbentang luas, melihat kehijaun pepohon yang menyusuri jalan, selain itu terdapat landskap-landskap indah menghiasi ruang-ruang tertentu serta seni bina tradisional serta kontemporari yang menghiasi bangunan. oh..semasa melintasi dewan terbuka (dewan penyu, uthm) ternampak satu papan tanda yang ringkas tapi cukup menarik perhatian. dengan hanya gambar pokok dalam bentuk lakaran dan ayat yang menarik. alamak lupa laa ayatnya tapi bermaksud lebih kurang "jangan berhenti sahaja, teruskan bertanya". nanti saya cuba kongsikan gambar tersebut dilain kali.
indahkan pengalaman berjalan kaki. kadang-kadang berjalan kaki ini boleh membuatkan kita hilang stress. ini pendapat saya sahaja, saya tak tahu laa pakar-pakar bersetuju atau tak. selain itu, membuat perkara yang sama dan berulang-ulang akan menjemukan kita. sebagai contoh, rutin harian kita adalah pagi naik kereta pergi kerja dan sebelah petang pulang ke rumah. perkara itulah yang berulang-ulang kali berlaku dalam hidup kita. ini kadang-kadang menyebabkan kita akan berada di satu tahap mula rasa bosan (bored). mengikut satu buku yang saya baca, kita perlu cuba ubah aktiviti yang kita lalui tersebut. sebagai contoh seperti yang saya lakukan. sesekali apa salahnya kita ketempat kerja naik bas ataupun berjalan kaki.
betul ker seronok berjalan kaki..?? keadaan kat sini panas laa..!! kalau hujan macamana..!! owh saya tak suruh anda berjalan kaki di bawah panas terik mentari. saya berjalan di waktu petang. macam semalam saya pulang berjalan kaki pada jam 6.30 ptg. mentari pun sudah mula malabuhkan tirainya. kalau hujan..? lagi laa indah. saya pernah balik berjalan kaki dalam hujan tapi hujan gerimis (renyai2). hujan lebat jangan pula diredah. pengalaman berjalan kaki ketika gerimis selepas hujan pun tak kurang seronoknya..cukup indah sekali
saya sudah cuba..anda bila lagi..rasailah dan nikmatilah..
ketenangan yang mendamaikan
>>inspirasimuhsync<<
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment