i k l a n

Sunday, October 25, 2009

Enjoy the Day..huh



semalam akhirnya dapat juga keluar bersantai. maklumlah dah lama tak pergi berhibur. rasa macam gian sangat. dah lama tak main bowling, sukan kegemaran. pastu kawan-kawan pula dok provoke yang kononnya filem papadom tu best giler (kata seorang kawan). jadi hati ini teringin laa sangat nak tau betol ke best filem tu.

dipendekkan cerita, tanpa sebarang perancangan yang panjang. berpakat dengan seorang housemate ni untuk keluar sama-sama. disebabkan tiada kenderaan yang sesuai untuk kitorang pergi ke bandar Batu Pahat. kitorang pun naik lah bas. fuhh..lama betul tak naik bas Johore Motor ni. tapi kalau boleh naik bas Tanjau lagi laa nostalgik. hehe. bukan apa, naik bas tu membuatkan saya terkenang zaman muda remaja berada di negeri kelahiran (kelantan darul naim). kat kelantan dah tak ada bas macam Johore Motor atau Tanjau. semua dah ditukar dengan bas yang lagi selesa. apa-apa pun memang enjoy naik bas sebab boleh rasa angin dengan rambut yang terurai ditiup angin akibat lajunya bas dipandu. tambang tak mahal hanya RM2 seorang.

sampai je di sana kami dikhabarkan bahawa tempat bowling sudah penuh ops bukan penuh tapi sudah ditempah untuk satu tournament. aduss..baru je rasa nak lepaskan stress kat sana. hmm..sambil berfikir untuk ke destinasi lain, sempat pergi bayar bil maxis yang dah 2 bulan tak bayar. berapa ye bil saya untuk 2 bulan kak..? RM 103.XX jadi awak nak bayar berapa? tanya akak tu kembali. belum sempat saya jawab, bayar RM104 boleh dik? kata akak tu pantas. ok boleh. sejurus kemudian sempat ke lot-lot kedai berdekatan. pergi usha gajet. saje nak tengok-tengok. tetiba termasuk kat lot kedai sony. apa lagi usha laptop vaio laa.terus tertangkap kat satu laptop yang kecil molek. harga pn baru rm2000. boleh angkat ni tapi lain kali laa..hehehe

kemudian kami naik ke tingkat atas untuk dapatkan tiket wayang. alamak ada sejam lagi baru tayangan bermula. jadi nak kemana ni? jom kita pergi karok. kata wan (housemate) dengan selamber. yelah..dia asyik dok memekak kat bilik jek. itulah tempat yang sesuai untuk dia sebenarnya. hmm..karok tu karaoke laa. istilah budak-budak muda. tapi ni 1st time masuk ke tempat karaoke kt BP Mall. kat sini tempatnya lagi selesa dengan sistem audio yang masih lagi baru. skrin pula menggunakan LCD TV. untuk pilih lagu pula menggunakan butang sentuh. keadaan sekitar pun tak gelap. kiranya selesa laa berada di situ. tgk ramai adik-adik remaja keluar masuk sampaikan di satu-satu ketika bilik penuh. kami pula set 4 buah lagu. 1 lagu rm1. total RM4. seronok gak nyanyi. saya pun nyanyi gak. tapi tak boleh blah (bak kata orang sekarang). hehe..sebabnya suara saya jadi kecik. rasanya setting equalizer tak berapa betol. mungkin bahagian treble tinggi sangat berbanding base. jadi terpaksa wan support dlu kemudian baru boleh follow lagu tapi kena buat suara ala rock laa. rasa cam nak tercabut lak anak tekak ni. tapi suara wan memang mantap cuma kekadang tu kurang sampai sebab sempot. hahaha.

eh panjang pula cerita pasal karaoke ni.. lepas jek karaoke kami pergi solat asar dan kemudian terus ke panggung. ramai juga terjumpa student uthm kat sana terutama mereka-mereka yang saya kenali laa. saya memang pakai "cap" dan cermin mata bagi tujuan penyamaran. kononnya orang tak kan cam laa. sebelum masuk kami beli pop corn n air mirinda. lama juga tak minum mirinda oren ni ;-) setelah masuk di dalam panggung. biliknya agak gelap. nak tgk no kerusi pun tak nampak. kena minta bantuan dari pekerja di situ. dipendekkan cerita, filem papadom ni memang menarik dari segi pembikinan. bagaimana filem tu memberi gambaran suasana suatu ketika dulu dengan kualiti gambar yang memang menarik sekali. kisah kekeluargaan dalam bentuk komedi. bak kata kawan saya sebelum ni, babak lawak memang lawak gila. kalo babak sedih memang sedih gila. anyway memang enjoy..cuma ada diselitkan dengan lawak-lawak tahap orang dewasa. untuk kanak-kanak memang tak sesuai laa.

keluar je dari panggung kami terus solat maghrib dan selepas itu kami bergerak ke tempat bowling. lega sangat sebab tempat tu dah boleh main. tournament pun dah tamat. mula-mula nak tempah seorang 2 frame tapi wan cakap penat. jadi tempah sorang 1 frame je. saya pun main cam biasa jelah. 1 frame memang tak boleh tunjuk performance laa sebab biasa nya frame awal ni untuk dapatkan tune je dulu. memang teruk mula-mula main. dekat-dekat last baru boleh dapat tune. si wan dah jauh tinggalkan saya. tetiba wan cakap, tak boleh ni. kena main lagi 1 frame. aku on jek. kata aku dengan selamber. frame 1 wan tamatkan dengan high score 116. saya pula sekadar 93. masuk 2nd frame, performance wan drop. ntah apa yang terjadi kat dia. saya nyer performance lak menaik dan pukul abis semua pin. cuma kekadang tak dapat cari point menyebabkan pin-pin single atau double tak jatuh. dan akhirnya saya berjaya tamatkan game tersebut dengan high score 144 manakala wan sekadar 91. terfikir juga bila lagi nak main sampai 10 frame. teringat kisah satu ketika dulu selalu main sampai 10 frame.hehee

kemudian kami beredar ke kedai buku popular. nak tengok-tengok buku dan cari barang apa yang patut. tapi rupa-rupanya yang kami beli hanya barang je. buku tak sempat nak tengok. lagi pun kami perlu cepat sebab kami balik dengan bas. kan nanti bas dah takde susah pula. masa kat popular tu jumpa dengan Ili. dia ni agen insurans takaful saya. terus bayar duit untuk 2 bulan. hehehe. lepas jumpa terus ke bus stop depan BP Mall. ramai pula orang menunggu bas kat situ. bila dah naik bas kena berdiri kat depan-depan tu. teringat lak zaman pergi tuisyen masa sekolah menengah dulu. masa tu lebih suka berdiri dari duduk. sampai je rumah terus lepak. penaaaattt..!!

itulah yang berlaku semalam seharian. apa-apa pun memang enjoy semalam. jadi hari ini boleh fokus untuk beberapa perkara lain yang penting. semangat untuk meneruskan perjuangan yang masih belum selesai..muhsync ayuh bangun. bergerak menuju kehadapan..yeah..yeah..hehe (buang tebiat)

No comments:

Related Posts with Thumbnails