i k l a n

Saturday, October 24, 2009

next conference needs to attend



kat atas tu nama saya dalam senarai peserta yang akan menghadiri persidangan yang dinamakan sebagai ENVIRONMENTAL SCIENCE AND TECHNOLOGY CONFERENCE (ESTEC’09) yang bakal berlangsung di Permai Inn Hotel, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia pada 7-8 Dec 2009. persidangan ni dianjurkan oleh Universiti Malaysia Terengganu. tapi yang tak terkejut, macamana nama saya boleh berada di nombor 12 dari 186 peserta. mungkin saya adalah antara orang terawal yang menyerahkan "full manuscript" kepada penganjur. ini merupakan kali ketiga menghadiri persidangan dan ini merupakan kali kedua menjadi pembentang. sekarang ini masih lagi mencari persidangan lain yang bakal berlangsung tahun depan (2010). sebab masa tu hasil kajian pun dah banyak yang dapat, jadi boleh lah dibentangkan dalam mana-mana persidangan. kepada rakan-rakan yang ada tahu menahu tentang sebarang persidangan yang bakal berlangsung tahun depan sila panjang-panjangkan kepada saya. persidangan yang berkaitan dengan bidang saya laa. bidang yang berkaitan adalah emission engineering, mechanical, automotive, environment dan yang seumpamanya. memang kajian saya berkaitan dengan semua item yang disebut tadi. ok..jumpa lagi di lain entri..

wasalam

No comments:

Related Posts with Thumbnails