sedikit coretan | menambah pengalaman | berkongsi kemesraan | menghayati keindahan
i k l a n
Thursday, October 22, 2009
tak mungkin ia berulang lagi..ohh..
di saat aku menulis entri ini. sudah beberapa helai tisu telah ku habiskan. sedar tak sedar aku rupanya sudah lama menghabiskan masa di depan laptop tanpa melakukan sebarang kerja yang bermanafaat. fikiran ku melayang jauh. jauh sangat...macam-macam difikiranku..
aku tak sangka ia bakal berulang kembali. owh..aku tidak sanggup untuk hadapinya lagi. aku dapat merasakan betapa peritnya jiwa ini jika ia berlaku sekali lagi dalam hidupku. ya allah andainya ia ketentuan MU maka aku redha. sebab engkau tahu apa yang baik dan apa yang buruk untuk diriku.
mengimbas kembali saat-saat babak-babak ini berlaku..semuanya berlaku tanpa aku sedari. ia berlaku begitu pantas. adakah kerana sebab yang sekecil itu boleh membawa aku kembali kepada kisah sedih dan pedih itu. ya allah aku sudah tidak sanggup lagi hadapinya. berikanlah aku ketabahan hati andai ia benar-benar berlaku.
seketika aku cuba merenung kembali, menghisab kembali perilaku ku setiap hari. sudah tentu aku tidak dapat lari dari melakukan dosa. adakah ini kafarah kepada dosa-dosa kecil ku atau kafarah kepada dosa-dosa ku yang lalu. oh..inilah kehidupan yang sentiasa penuh dengan pancaroba. kehidupan ini adalah ujian. ujian buat hamba-hambanya. sesungguhnya engkau masih menyayangi diriku. manakan tidak engkau berikan aku peringatan sedemikian rupa. terima kasih ya Allah.
sesekali pengalaman lalu jelas tergambar di depan mata dan bagaimana seksanya aku menghadapi saat itu keseorangan. ya..ini hanyalah permulaan. tapi dari permulaan inilah yang akan beralih kepada yang lebih teruk. teruk benarkah apa yang telah terjadi? sebagai insan biasa, bagiku kejadian yang berlaku itu cukup perit. dari petang tadi hinggalah sekarang aku dapat merasakan situasi ini akan menjadi lebih buruk.
aku telah cuba macam-macam cara untuk meredakannya. tapi apalah dayaku. aku hanya insan biasa yang seperti orang lain. langsung tiada keistimewaan. tapi aku tak kan mengalah begitu sahaja. selagi terdaya aku akan terus mencuba dan terus mencuba. aku harapkan percubaan ku yang terakhir malam ini berjaya..aku mengharapkan doa dari kawan-kawan sekalian juga.
sebelum aku mengakhiri entri kali ini, aku harap pembaca entri ini tidak salah sangka dengan isi kandungan yang cuba aku sampaikan. untuk pengetahuan semua, dari petang tadi aku sudah mula bersin dan kemudian hidungku pula mula selsema. tekak pun rasanya dah mula pedih. aku teringatkan kisah demamku masa bulan ramadhan yang lalu menyebabkan aku merasa perit untuk hadapinya sekali lagi. kesan demam tersebut berpanjangan hingga berat badan aku turun mendadak dan sesiapa yang melihat aku secara fizikal memang akan terkejut. dan dalam masa 2,3 hari ini selera makan aku baru kembali pulih tapi kalau keadaan ini berlarutan... aku hanya mampu berdoa sambil makan panadol 650 dua biji. rakan-rakan harap sudi doakan kesejahteraan ku.. ;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
salaam bro.
avoid panadol coz contains drug.
better u take bio-c or just a plain vit-c from PKU.
p/s: bio-c from me la weh! hehe
Mula-mula baca ingatkan putus cinta..hehehe.. rupanya kena demam selsema.. Mudah-mudahan adik cepat sembuh. Rehat secukupnya..
kepada engr faizulaminanuar,
i got panadol from PKU laa..adoiyaa. Bio-C..?? Amway nyer product eh..
kepada kak tirana,
thanx sudi ziarah and doakan sy. putus cinta? hehehe. harap dijauhkan
hah ha... Selsema rupanya, ingatkan gempabumi macam kat indonesia...
Anyway, i wish u to get well soon
http://mlmSifOO.blogspot.com
igtkan putus cinta...pastu makan tisu sbb frust!hahaha....
Post a Comment