sedikit coretan | menambah pengalaman | berkongsi kemesraan | menghayati keindahan
i k l a n
Tuesday, October 20, 2009
Ruang dan Peluang...
assalamualaikum wbt...
Hari ini ingin sekali mengajak para pengunjung blog ini untuk berfikir sejenak berkenaan kehidupan. sejauh manakah kehidupan kita ini dilalui. apakah kehidupan yang kita lalui itu dikerjakan dengan sebaiknya atau sekadar ala kadar sahaja. adakah kita menikmati kehidupan atau kita hanya melalui sahaja masa-masa yang berlalu begitu sahaja. persoalan kehidupan yang tiada kesudahannya selagi bumi ini masih bulat dengan atmosfera dan luasnya langit terbentang.
bila direnung kembali, bumi ini merupakan suatu ruang yang telah dianugerahkan Yang Maha Esa kepada kita. Kehidupan pula merupakan suatu peluang yang ada untuk kita menuju ke satu arah iaitu alam kematian yakni alam yang kekal abadi. sedar atau tidak sejauh manakah kita menggunakan ruang dan peluang yang diberikan. atau kita sekadar mensia-siakan sahaja ruang dan peluang itu begitu sahaja.
dari pengalaman yang tidak seberapa ini, didapati kita tidak pandai menggunakan ruang dan juga peluang yang ada. kebanyakkan dari kita asyik sibuk berebut sesuatu yang orang ramai juga rebutkan. tak kisahlah sari sudut mana sekalipun. sebagai satu contoh yang berlaku dalam negara kita ini, berapa ramai yang tertipu dengan skim cepat kaya. berapa ramai pula yang melaburkan duit di tempat yang sah seperti public mutual (sempat lagi promote...hehehe). berapa ramai pula yang kerja makan gaji dan berapa ramai yang mengusahakan sendiri pendapatannya. berapa ramai yang solat berjemaah di masjid berbanding orang yang solat bersendirian di rumah dan dibandingkan lagi yang langsung tak solat.
nah..dari persoalan-persoalan tadi tidakkah kita lihat betapa kita selalu membuat perkara yang orang ramai buat. jadi bagaimana kita nak berjaya di dalam ruang dan peluang yang ada. jadi mari kita cuba membuat tindakan yang orang ramai tak kejar. mulai hari ini marilah kita sama-sama berjemaah di masjid di kala berkesempatan, banyakkan amal jariah dan rebutlah peluang-peluang yang orang lain tak rebut. ingat, semakin ramai orang yang rebutkan sesuatu semakin tipis peluang untuk kita muncul di situ. tapi kalau rebutkan perkara yang baik tidak ada salahnya. cuma sejauh mana kesedaran kita dalam menilai kebenaran sesuatu peluang yang wujud di depan mata. saya selalu sebutkan dalam bengkel yang saya sertai bahawa orang-orang yang bijak adalah orang yang suka mencuri..!! yaa..mereka suka mencuri peluang yang wujud tanpa orang lain sedari peluang itu wujud.
tapi biasalah lumrah manusia, dalam keadaan yang selesa tanpa sebarang masalah maka kita tak pernah nampak satu pun peluang yang wujud sebab ruang yang ada itu terlalu luas hinggakan tak nampak dek mata yang melihatnya. berbanding orang yang dalam kesempitan, peluang itu tetiba wujud. betul ker?? sebenarnya hanya itu sahaja peluang yang ada untuk dia bebas dari kesempitan tersebut maka dia pun mengusahakan lah secara bersungguh-sungguh. dan terhasilah suatu yang memberi faedah kepadanya. itulah yang dikatakan dalam kesempitan ada ruang untuk peluang.
huh...kenapa ayat malam ni agak berbelit. hahahaha. tak kisahlah. siapa tak faham telefon saya. saya akan terangkan. tapi apa yang penting yang nak disampaikan adalah rebutlah peluang yang wujud. nanti lain kali saya akan postkan cerita-cerita benar berkaitan ruang dan peluang..huh..mungkin penat kot arini jadi camni. maklumlah kerja kuat. hehe. apa-apa pun semoga kita berjumpa lagi di ruang lain. insyaAllah. segala kekurangan harap di maafkan.
p/s: haa ni nak promote sikit. sape nak cari keje part time atau minat bisnes part time ke. dengan syarat ada ekses internet. tugas hanya buat promosi. silalah hubungi saya yer.. (muhsync 0177337842)
atau boleh klik kat link di bawah
http://www.caridownline4u.com/muhsync
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment