assalamualaikum wbt...
alhamdulillah pagi ini dapat melaksanakan tanggungjawab sesempurna mungkin. walaupun beberapa hari ini penuh dengan permasalahan dan juga halangan, tetiba pagi ini mendapat mood yang baik untuk berkongsi serba sedikit cetusan rasa dengan pengunjung blog ni. bermula malam tadi terdetik untuk berkongsi perkara-perkara bermanafaat di wall facebook. ye lah, dari dok merepek dan membazir masa begitu sahaja adalah lebih baik untuk kita buat sesuatu yang lebih bermanafaat sesuai dengan tahap kematangan umur kita (ini mengingatkan saya dengan umur yang rasa nyer cam dah lanjut juga). jadi pagi ini nak berkongsi dua isu utama. pertama berkenaan solat dan kedua berkenaan kesihatan...
SOLAT
pasal solat ni tak nak cakap banyak laa. hanya nak berkongsi apa yang saya post kat wall facebook
1st post
waktu solat skg dah awal. jadi amat digalakkan kita solat diawal waktu bagi mengelakkan kita terleka dan terlepas waktu solat. insyaAllah sama2 kita ingat mengingati. moga Allah permudahkan segala urusan kita dunia dan akhirat...
dikomen oleh en.aminul ariffin (yang berada di Belfast, United Kingdom)
ada tempat lagi awal...dan ada tempat sekejap je waktu solat, sedar2 dah masuk asar...lagi perlu bersedai...wal asr
2nd post
susah betol utk bangun solat subuh. kalo nak tau org tu KUAT ke tak. tgk dia boleh bgn solat subuh ke tak (subuh gajah xmain eh). cuba kita bayangkan, solat subuh tu hanya 2 rakaat sahaja tapi cukup susah untuk kita laksanakan. lagi satu benda yang paling berat dan susah untuk kita alihkan adalah selimut. agak2 berapa beratkah selimut kita ye..??
hmm..ada sape-sape nak komen ;)
SIHAT
haa..ini topik yang sensitif dan agak bercelaru sebenarnya. kenapa pula? yelah cuba kita sebut kembali perkataan "SIHAT". apakah yang kita fikir di dalam minda kita tentang pengertian sihat. masa kanak-kanak, bila orang tu berisi orang akan cakap "sihatnya dia". tapi betul ke? adakah orang yang kurus tidak sihat? (persoalan untuk membela diri sendiri..hehe). persoalan tadi saya tinggalkan kepada orang yang ahli dalam bidang tersebut. bagi saya pula kurus ke gemuk ke seseorang itu bukanlah isu utama. yang penting adalah SIHAT. bermaksud tidak sakit dan dapat melaksanakan tuntutan dengan sempurna. persoalan berkenaan nutrisi, BMI dan yang seumpamanya biarlah mengikut kondisi keperluan badan itu sendiri. terbaca satu komen dari salah seorang negarawan kita dalam blog pensyarah saya tentang info kesihatan. nak tahu lanjut silalah ke http://1healthyfamily.blogspot.com
sekian untuk kali ini, diharapkan mendapat manfaat dari yang baik. yang kurang baik itu adalah kekurangan ilmu diri ini. moga Allah ampunkan dosa saya. insyaAllah
wasalam
No comments:
Post a Comment