sedikit coretan | menambah pengalaman | berkongsi kemesraan | menghayati keindahan
i k l a n
Monday, October 19, 2009
Minggu yang penuh dengan ujian tanpa sokongan..!!
assalamualaikum wbt...
bagaimana mahu memulakan bicara untuk kali ini. menghantar entri baru ini pun atas dasar paksaan diri untuk meluahkan sedikit apa yang terbuku dihati ini. 2,3 minggu ini memang terlalu banyak ujian aku hadapi dan aku cuba tempuhinya dengan kesorangan. terima kasih juga kepada kawan-kawan yang cuba juga membantu walaupun mereka juga sedang menghadapi kesukaran.
kadang-kadang rasa berdosa juga sebab memikirkan yang diri ini menanggung masalah berseorangan sedangkan hakikat sebenar masih ada ALLAH swt. kenapa begitu cepat sangat diri ini berfikir sedemikian? Ya ALLAH ampunkan dosa-dosa ku yang sememangnya bertimbun. terima kasih Ya ALLAH kerana memberi aku peringatan dikala aku terleka dengan permainan dunia.
sebelum ini aku selalu berfikir yang tiada siapa yang pedulikan diri ini. tercari-cari orang yang boleh dijadikan tempat untuk meluah rasa, berkongsi suka dan duka serta memberi dorongan semangat dikala kejatuhan. namun itu bukanlah penyelesaian sebenar. orang lain juga ada masalah mereka sendiri yang perlu diselesaikan. kenapa perlu aku salahkan mereka jika mereka tidak dapat membantu aku?? owh..semuanya salah aku.
sepatutnya aku mencari tempat mengadu paling sempurna kerana semuanya adalah dari DIA. kenapa aku mencari tempat mengadu yang sementara sedangkan ada tempat yang KEKAL. oh..semua ini merupakan peringatan dariNYA.
selalu juga aku tertanya..kenapa aku selalu begini? adakah kerana sifat aku yang begini? adakah kerana aku lahir di bulan jun yang menyebabkan sifat aku begini? oh..terlalu banyak persoalan yang muncul bila aku dikala kesusahan.
Ya ALLAH ampunkan dosa ku atas segala persoalan-persoalan ku itu. aku tidak bermaksud untuk mempersoal takdir tapi untuk mencari jalan kebenaran yakni jalan yang kamu redhai.
di saat-saat begini terasa rindu sangat untuk menangis..tapi nampaknya hati ini begitu keras untuk mengalirkan setitis air mata jantan..!! teringat di zaman kanak-kanak ku. aku seorang yang terlalu mudah menangis. terlalu cukup sensitif. kawan-kawan kata aku ini manja. dari saat itulah aku cuba untuk tidak lagi menangis. aku tunjukkan yang aku ini jantan kononnya. selepas dari saat itu..aku sudah jarang menangis. dan aku merasakan cukup tersekasa sekali untuk menangis kembali. ini semua kerana hati aku yang sudah keras dibelenggu dengan dosa-dosa. sekali lagi ampunkan dosaku Ya Allah.
kepada rakan-rakan sekalian, doakanlah ketenangan dalam diri ini dalam menghadapi ujian dunia yang sementara ini. kuharapkan aku dapat berdepan Yang Maha Kuasa dengan keadaan diri yang bersih dan suci. Ya ALLAH berikanlah kekuatan kepada ku untuk menghadapi segala ujian di dunia ini. janganlah Engkau uji diri ini dengan ujian yang tidak mampu aku tanggungi. sematkanlah cahaya iman dihati ini. jadikanlah aku anak yang soleh yang dapat berbakti kepada kedua orang tuaku serta kepada keluarga ku. ampunkan dosaku ya Allah, amin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
walaupun entry ni dh lme...
tp sy just nak share sikit je.
Tiap ujian itu mmg dtg dari Allah...seperti ape yg muhsein post kat atas..ujian dtg dri Allah..and kita sbg manusia mmg kene cari ketenangan dari Allah..Allah sengaja test kite.sikit je..and the most thing yg kite kene tau is..Allah uji kite sbb kite mampu..
Post a Comment