i k l a n

Sunday, October 4, 2009

selamat hari raya


gambar raya 1 family di pagi raya

selamat hari raya. maaf lama sungguh tidak menjengok blog ni. dah bersawang dah. sempat update entri paling last adalah awal puasa. lepas tu sibuk dengan eksperiment untuk research master. kena pergi ke Perak untuk ujian ketahanan. sekembalinya dari perak, kena siapkan laporan kajian dan pada masa sama kena uruskan berkenaan hal-hal penyertaan ke sebuah conference (icadme)di Penang yang bakal berlangsung 11hb ni. tengah-tengah nak selesaikan masalah tersebut saya ditimpa demam. ingatkan demam sekejap je tapi rupanya demam tu berlanjutan hampir satu minggu lebih. opss...jangan salah sangka lak, bukan demam H1N1. demam biasa sahaja. terpaksa jumpa Doktor 2 kali sebab tak sembuh-sembuh. kali kedua jumpa doktor bagi ubat antibiotik. lepas tu alhamdulillah demam dah kebah. lepas tu tetiba kena batuk pula (sekarang pun tak hilang lagi). kebetulan beli tiket awal untuk balik raya. 14hb september dah bertolak balik kampung. sebab balik kampung awal, dapat lah saya merehatkan diri dan melegakan tekanan yang dah lama bersarang dalam kepala ni. ye lah...masa tengah demam tu, rasa cam nak balik kampung terus. tapi tu laa...ingat ini semua ujian bulan romadhan dan kafarah dosa. jadi kenalah bersabar menanggung sakit. kiranya saya balik kampung selama dua minggu. wah lega sungguh rasanya. datang kembali ke batu pahat pada 29hb september. terus masuk kerja dan selesaikan beberapa kerja yang telah lama tertangguh. banyak pula kerjanya. itu yang sekarang baru teringat nak update blog. kebetulan nak rehat sekejap. untuk makluman saya tersangat sibuk sekarang ini sehingga 15hb oktober sebab perlu siapkan satu paper conference (ESTEC 09). selepas tarikh tersebut mungkin agak lega sikit masanya berbanding sekarang. apa-apa pun kesempatan yang ada saya nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri 1430H. maaf zahir dan batin. semoga diberi kesempatan untuk berjumpa ramadhan tahun akan datang. amin

2 comments:

Alun said...

selamamt hari raya maaf zahir dan batin.
takziah diuji kesakitan time nak raya dan tahniah berjaya menyelesaikan hasil kajian. teruskan berusaha lagi...

muhsync said...

thank alun...hope ko pn sentiasa hepi dalam menjalani tugas sebagai sorg cikgu yg berdidikasi.. ;)

Related Posts with Thumbnails