i k l a n

Sunday, July 11, 2010

r O k O k



Entri kali ini tentang isu yang tak pernah selesai malah makin membarah dalam kehidupan. Bukannya tak ada langkah untuk membendung isu ini tapi nampaknya macam tak ada kesan kepada sang pelaku. Kalau dari segi kempen memang dah banyak, siap kat kotak benda alah tu pun dah dipaparkan kesan akibat perbuatan durjana tersebut namun tetap tidak dapat membendung penularan isu itu. Nampak cam marah je aku ni. Sudah tentu cukup-cukup marah bilamana ada orang yang tak ada kesedaran sivik boleh hisap benda haram tu dalam rumah.

Mengikut satu artikel tentang kaum y@hud1 yang menyatakan bahawa mereka menganggap orang yang hisap benda haram tu dalam rumah sebagai "taboo" atau dalam istilah lain merupakan perkara tak bagus dan dipandang jelik(jika salah tolong betulkan). Itu orang y@hud1 yang kita selalu kutuk. Tapi kalau kita lakukan perkara yang lebih teruk dari mereka, apakah perkataan terbaek untuk kita??? erk..jawab sendiri.

Aku pun pelik juga camne munusia-manusia yang terlibat tu boleh terus menghisap benda haram tu dengan selamber ya ya sedangkan kempen pun sudah dilakukan, ada lagi gambar kesan buruk hisap benda tu, ada ceramah dan penerangan dari pakar berkenaan kesan buruk yang mana boleh dirumuskan semuanya adalah berkenaan kesan buruk kepada penghisap benda haram tu. Tapi yang paling menghairankan, adakah tidak ada kesan sedikit pun kepada mereka? apakah yang ada dalam fikiran mereka? adakah mereka tak memahami kesan buruk itu? owh..tidak sama sekali...

Pada mulanya aku agak hairan namun setelah membaca satu artikel menarik dalam blog syurgadidunia.blogspot.com barulah aku tahu jawapannya. Ia ada kaitan dengan bahagian otak yang dinamakan "frontal lobe". Frontel lobe diumpamakan sebagai CEO syarikat yang mengawal segala aktiviti dalam syarikat. Jika CEO dah lemah, bagaimana mungkin syarikat akan menghasilkan keputusan-keputusan yang positif. Sudah tentu syarikat tersebut akan turut lemah. Merokok dan kesannya terhadap frontal lobe menyebabkan penghisap benda haram tersebut tidak dapat berfikir secara logik dalam beberapa hal tertentu. Artikel lanjut sila klik di sini

Berbalik kepada kisah aku, nasihat aku dah bagi, siap psiko-psiko lagi supaya dia berubah tapi macam cakap ngan dinding rumah je. Takkan lah nak aku buat eksperimen cam budak sekolah rendah guna botol air dan rokok tunjuk kesan hisap benda haram tu. Rasanya dia tak teringin pun nak tengok. perghhh...berbulu. Kalau korang di tempat aku camne korang nak buat..?? any idea? leh kongsi-kongsi.

Sebelum korang kongsi, aku nak kongsi sikit idea yang boleh dilakukan namun tidak pasti berhasil atau tak sebab frontal lobe diorang dah rosak, antaranya adalah seperti berikut:

(1) kaedah nasihat
"aku tengok kau ni bijak, pandai dan hebat orangnya. tapi aku rasa cam satu kerugian sangat kepada begara dan agama bila orang cam ko tak dapat hidup lama berbakti utk negara dan agama kita ini sebabnya ko akan mati awal sebab rokok"

"ko tau tak ko boleh jadi pembunuh tanpa ko sedari..??" "camne" "dengan cara merokok, orang yang sedut asap rokok ko tu akan jadi perokok sekunder yang kesannya berganda dari seorang perokok dan mungkin akan mati lagi cepat dari ko. are u happy for that??"

(2) kaedah gambar

(a) gambar biasa yang perlu ditampal banyak-banyak dan boleh dijadikan wallpaper dirumah masing-masing


(b) gambar ni..camnilah perumpamaan utk orang yang merokok terlalu banyak dalam satu-satu masa. Dari dok merokok satu-satu baek merokok semua terus. Ada bran..??


(c) gambar untuk perokok yang elergi dengan bahan kimia atau yang pernah belajar subjek kimia


(d) gambar untuk yang jadi hamba rokok. boleh diumpamakan tido rokok, makan rokok, rokok berrokok-rokok


(e) gambar untuk perokok yang takut mati atau takut hantu atau yang suka tengok citer seram


(f) gambar untuk yang suka berdemo yang kononnya membela nasib rakyat palestin


Bagi berlaku adil, aku pernah menemubual beberapa orang yang hisap benda haram ni berkenaan persoalan pasal merokok.

soalan: Kenapa merokok...?
jawapan: pengaruh kawan sebab nak cari kawan, stylo, macho, nampak cam ganas dan rock, nak hilangkan tensen, saje-saje cuba dll
komen: aku tak merokok tetap ada kawan, tetap stylo dan macho serta kadang-kadang boleh bertindak ganas gak. Kalau alasan nak hilangkan tensen tu memang tak leh diterima. Anda tensen dengan masalah anda merokok, kononnya boleh hilang tensen masalah tersebut. Sedangkan selepas anda merokok masalah tetap ada disitu jugak. Masalah tu tetap tak hilang bersama dengan asap rokok anda.

Bagi menunjukkan ketidakpuasan hati aku, aku telah melancarkan kempen anti merokok di facebook aku. Sambutan agak menggalakkan. Di bawah ni antara sokongan dan komen yang diperolehi. Jom layan...




Panjang pulak entri kali ini. Apa-apa pun, kepada para perokok silalah beretika dan tidak menyusahkan orang lain. Moga Allah memberi mereka hidayah untuk berhenti merokok dan frontel lobenya dapat dibaik pulih dengan sempurna. amin

p/s: gambar paling awal tu merupakan mug yang dijadikan tempat letak sisa haram tersebut yang ada dirumah aku. Untuk mendapat hasil sebanyak itu hanya mengambil masa seminggu sahaja oleh seorang perokok yang frontel lobenya telah rosak.

bebelan [muhsync] yang benci rokok dan perokok yang tak beretika

2 comments:

Anonymous said...

Aku boleh sumbangkan idea gila-gila le yang aku pernah buat..

Beli rokok sekotak.. ambik satu batang rokok.. gentel keluarkan tembakau.. pastu masukkan satu batang mercun papan kecil.. pastu masukkan balik tembakau tuh untuk cover tutup balik rokok tuh bagi x nampak kesan ada mercun.. hehehehhehhehe..

Dengan syarat kena tau brand apa member hisap.. paling baik letak semua batang rokok isi dengan mercun.. kwang3x..

Hehehhehehe... terkojotnya jangan cakap le..


p/s: cuma sekarang aku ketandusan idea camne nak masukkan mercun bola dalam rokok.. Aku takut member masuk wad je.. kwang3x.. ko ade idea..??

~ MiL ~

MuzzamMiL said...

Nah idea no 2..


Kasik member ko tengok video nih..
kalo x insap gak tak tau lar...


http://www.youtube.com/watch?v=hNJjCqADXU8

Related Posts with Thumbnails