.: Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yang terkutuk :.
:: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ::
sebab tu setiap apa yang berlaku kita kena redha dan terima akan ia dengan sepenuh hati dan berserahlah ia atas segala ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. biasakanlah lidah untuk mengucap syukur atas segala nikmat yang infiniti (tak terhingga).
nasihat untuk diri sendiri
hikmah yang berlaku adalah masa dapat tawaran jadi teaching assistant untuk makmal mekanikal yang tetiba dikurang jumlah jam mengajar dari 24 jam seminggu kepada 6 jam seminggu atas alasan masih berstatus student. alhamdulillah dapat terima dengan redha. natijahnya adalah minggu ini dapat tarikh viva voice. kecut perut oii mendengarnya. yep..tak dinafikan tarikh itulah yang aku nantikan selama tujuh (7) bulan lalu sejak menghantar draft thesis. berita itu adalah berita gumbira dan juga mendebarkan. semuanya aku terima dengan lafaz syukur tak terhingga kepada Allah swt "Alhamdulillah"
kecoh satu kampus citer pasal aku nak viva. popular sangat ker sampai kecoh satu kampus. ntah..aku pun tak pasti. mungkin sebab dah lama sangat kat sini dari belajar ijazah pertama sampai ke ijazah kedua pulak ni. memang ramai la yang kenal kot. penyebaran pasal maklumat viva aku yang pertama telah dipost di fb group UTHMas (UTHM alumni student Secretariat) bermula pagi semalam. rupanya semua staff telah mendapat makluman tersebut dan beberapa minit kemudian pelajar post graduate pulak dapat di email masing2. fuyyooo..actually bukan nama aku sorang tapi ada 4 lagi student lain yang bakal di"viva"kan dalam bulan oktober ni. bunyi bakal di"viva"kan tu cam bunyi bakal kena sembelih jek..erk..ngeri..!!!
jadi sekarang ni aku dah kena mula buka semula thesis dan segala macam paper yang berkaitan untuk aku review kembali. sebab yang lagi penting adalah untuk memastikan segala info masih lagi di dalam peti simpanan otak aku nih.
hikmahnya kat sini aku ada masa yang banyak untuk buat review sebabnya aku hanya ada kelas hari isnin dan selasa pagi sahaja. hari-hari lain aku gunakan untuk bertapa di gua yang bernama library. business?? business tak perlu risau. sale untuk bulan depan dah setel. pagi semalam pun dah masuk rm3500. sekali lagi aku ucapkan lafaz "Alhamdulillah"
Programme : Sarjana Kejuruteraan Mekanikal (MDM)
Date : XX October 2011
Time : XX.XX (open session)
Venue : Studio Pendidikan, UTHM
Supervisor : Dr. Ahmad Jais bin Alimin
External Examiner : Dr. Noreffendy bin Tamaldin
Internal Examiner : Dr. Hamidon bin Salleh
Chairman : -will be announced later -
Title : Experimental Investigation on the Feasibility and Durability of Novel Diesel Pariculate Filter
No comments:
Post a Comment