Amal yang didasarkan kepada niat yang baik
dan ikhlas diterima Allah dan diberi ganjarannya. Imam Nawawi dalam
keterangannya mengenai amal yang disertai dengan niat baik, telah berkata :
bahawa amal ini ada tiga bahagian, iaitu:
1.
Amal yang
dikerjakan kerana takut kepada Allah. Amal ini dikenali sebagai ibadat hamba
2.
Amal
yang dikerjakan kerana mendapat syurga dan pahala. Amal ini dinamakan ibadat
saudagar
3.
Amal
yang dikerjakan kerana malu kepada Allah dan kerana dilaksanakan hak kehambaan
dan membuktikan kesyukuran serta merasakan diri sebagai seorang yang masih di
dalam kecuaian dan kebimbangan yang penuh ketakutan kerana tidak tahu adakah
amalnya diterima atau tidak. Amal ini dinamakan ibadat yang merdeka
(Dipetik dari kitab hadith empat puluh
Imam Nawawi – terjemahan dan syarahnya)
No comments:
Post a Comment