Pernahkah kita risau, takut, gelisah dan seumpamanya dalam kehidupan? sudah tentu ramai yang pernah lalui perasaan ini. Ia terjadi disebabkan oleh peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan kita pada ketika itu. Ia juga berlaku disebabkan oleh tanggapan kita terhadap sesuatu perkara pada masa hadapan. sebenarnya kebimbangan kita terhadap peristiwa yang telah berlaku dan bakal berlaku adalah suatu yang tidak munasabah untuk kita fikirkan terlalu mendalam. kenapa ia suatu yang tidak munasabah? ia merupakan suatu yang tidak munasabah kerana ia merupakan perkara yang kita tidak boleh kawal dan tentukan hasilnya.
perkara atau kejadian yang lepas atau yang telah pun berlaku merupakan suatu yang sudah dan telah pun berlaku. adalah tidak mungkin untuk kita ulang kembali peristiwa tersebut untuk kita baiki menjadikannya sesuatu yang terbaek. bagi perkara yang bakal berlaku juga adalah tidak mungkin untuk kita mengawal bagaimana kesudahan peristiwa tersebut. yang masih kita boleh kawal dan tentukan adalah USAHA ke arah mendapatkan kesudahan yang baek (husnul khatimah).
Janganlah kita terlalu risau akan sesuatu kejadian ataupun kesudahan sesuatu kejadian. ada yang risaukan tentang jodohnya, keputusan peperiksaan, masa depan keluarga, kerjaya, dan yang seumpamanya. semua tu merupakan perkara-perkara luar kawalan kita. jadi jangan terlalu fokuskan diri (minda dan hati) kita dengan kesudahan tersebut sebaliknya fokuskan diri kita kepada USAHA yang boleh kita lakukan untuk ubah keputusan di depan sana. ingat fokuskan tenaga, pemikiran dan hati kepada USAHA..!!
satu ketika dulu aku sendiri pernah mendapat kerisauan melampau sehingga menjejaskan mutu kerja dan belajar. kebetulan ia berlaku di saat beberapa peristiwa bodoh yang membutakan hati dan perasaan ketika itu. dalam keadaan yang tidak ketentuan tu aku banyakkan diri untuk mendekati Yang Maha Berkuasa. antara amalan yang dibuat adalah bangun pagi bertahajud dan solat sunat. lazimnya bila solat sunat hajat dan sebagainya aku membaca ayat qursi antara ayat sudah fasih dilidah. namun suatu ketika aku tidak dapat menghabiskan bacaan ayat qursi yang rasanya bertahun aku hafal. tersekat ditengah-tengah ayat. pelik jugakan. selepas solat aku terus berhajat membuka quran tapi disebabkan yang terdekat dengan aku adalah tafsir maka tafsir quran aku capai. Di situlah aku mendapat suatu teguran dari Yang Maha Mengasihani. berikut merupakan maksud dibahagian yang aku tersekat takdapat nak habiskan:
...Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberi tahu kepadanya)... ::sebahagian ayat 255 surah albaqarah::
teguran itu betul-betul tepat dan terkena dengan batang hidung sendiri. solat dah solat, quran dah baca, fahamnya belum tentu lagi, amalkan tu lagi lah jauh..macamana nak dapat akhlak alquran ni. bermula detik itulah aku mula dan berterusan membuka tafsir al quran buat pedoman diri.
ingat tu..!! hanya Allah yang mengetahui apa yang dihadapan dan dibelakang kita. maka kita mengadulah kepada Allah. sambil tu teruskanlah USAHA kita untuk mencapai apa yang dihajati. yang lebih penting jangan putus harapan untuk terus berdoa memohon segala perkara dari Allah. Janji Allah doa kita akan dimakbulkan cuma bagaimana dan bila doa tu dimakbulkan adalah rahsia Allah. Allah akan bagi di waktu dan saat yang tepat sebab Allah lebih tahu apa yang kita perlu dari apa yang kita nak.
okeyhh...aku nak sambung review thesis. dah nak muntah baca komen panel ni. ada 94 baris komen dari panel. banyak silly mistake. nak gelak pun ada...tapi dalam library ni tak leh gelak. kalo senyum-senyum lak nanti orang pikir lain pulak. lantaklah...ada aku kesah..!!
No comments:
Post a Comment