hari ni pagi-pagi hari aku memecut motor ke kampus untuk melihat sesi viva salah seorang pelajar master kejuruteraan mekanikal. kalo ikut turutan giliran dia ni adalah orang yang 2nd last untuk bulan ni. dan sudah tentu akulah orang terakhir yang akan di "viva" kan bulan ini.aku pegi untuk ambil mood and observe suasana open viva. pembentangan adalah selama 30 minit sahaja. ramai jugak yang hadir. kebanyakkan rakan-rakan student tersebut dari indonesia. mereka begitu bagus datang menyokong rakan-rakan yang viva walaupun bidang kajian adalah berlainan.
tengahari aku jumpa dengan penyelia. owh ya..penyelia aku merupakan internal examiner untuk student yang viva pagi tadi. aku saja tanya penyelia aku nih tentang student tersebut. dia kena wat correction dalam tempoh 3 bulan sebab ada kesalahan dari segi calculation. hoho..mencuakkan je bunyinya. nasib ler aku nyer tak banyak calculation. tapi yang bestnya penyelia aku cakap yang aku punya ni confirm boleh dapat master cuma mungkin dari segi correction jelah. apa yang pasti setakat ni masih lagi di tahap minor correction. aku agak-agak amik masa sebulan jek.
No comments:
Post a Comment