i k l a n

Thursday, October 13, 2011

perkataan yang baek


.: Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yang terkutuk :.
:: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ::


perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakiti hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar.
albaqarah:263


antara kandungan pengisian majlis Ziarah Brothers petang semalam. tajuk semalam adalah berkenaan dengan amalan bersedekah di jalan Allah swt. menghuraikan ayat 261-263 surah albaqarah. yang aku berminat nak sharing adalah ayat 263. maklumlah kita tak punya harta yang banyak untuk menyumbang jadi jalan yang terbaek adalah dengan memberikan perkataan yang baek serta memaafkan orang melakukan kesilapan dengan kita. mudah, senang dan ringkas. semua orang boleh buat..!


memberi perkataan yang baek adalah seperti memberi kata nasihat. ingat kata nasihat bukan mengumpat dan bercerita gosip. cubalah kaitkan setiap apa perkara yang kita dok cerita tu dengan keagungan dan kebesaran Allah swt. sebagai contoh kalo ada kawan yang ditimpa musibah. janganlah kita dok mengata yang ini balasan tuhan untuk dia. jangan pula kita gembira kerana musibah yang melanda kawan tu. sebaliknya katalah yang ini ujian yang Allah bagi untuk dia sebagai penghapus dosanya di dunia. dan ujian itu adalah untuk kita juga. untuk kita beringat tentang waktu susah yang bakal mendatang, untuk kita membantu orang yang dalam kesusahan tanpa mengungkit kembali bantuan yang telah kita hulurkan.


indahnya hidup sebagai muslim



No comments:

Related Posts with Thumbnails