i k l a n

Tuesday, October 4, 2011

semendung langit selasa

semalam guna tajuk cantik cun melecun. tetiba hari ni berubah jadi mendung. apa kes?

memang betol hari ni cuaca mendung dan hujan renyai-renyai disebelah pagi. walaupun dpt memulakan pagi agak awal namun aktiviti adalah semendung cuaca. pagi-pagi dah print draft thesis yang baru tapi yang sakit hatinya cartridge hitam buat hal. ada baris-baris ayat yang kabur dan tidak dapat dibaca. suatu pembaziran kertas telah berlaku. cukup tidak suka..!! untuk mengelakkan masalah sama berlaku, terpaksa membeli 1 cartridge hitam yang baru. terbang lagi duit ku...

dalam dok mengemas meja kerja tetiba dapat panggilan dari pejabat fakulti bahagian post graduate. rupanya aku perlu mendaftarkan diri jugak semester ni walaupun tinggal beberapa hari lagi aku nak viva. itu bukan masalah besar sangat tapi yang jadik lagi besar adalah pasal hutang..!!! aku masih lagi ada hutang dengan pejabat bendahari iaitu hutang semester lepas. dah tak banyak tapi mencecah rm1k++. perrgghh...terbang lagi banyak duit aku... (kalo tak bayar hutang tak dapat nak register)

aku pun mengambil keputusan untuk melepak kat gua yang aku selalu lepak. gua yang diberi nama library. dok kat sini aku cuba bertenang, tarik nafas dalam-dalam dan cuba untuk tidak memikirkan masalah. kemudian cuba pulak untuk kembali merenung hari yang aku lalui sebentar tadi. adakah aku telah membuat tarikan negatif hari ini..?? bila fikir balik memang betol. aku telah membuat tarikan negatif ke dalam hidup. jadi aku kena BERUBAH

sepatutnya tragedi awal pagi aku perlu bereaksi seperti berikut:

memang betol hari ni cuaca mendung dan hujan renyai-renyai disebelah pagi. walaupun dpt memulakan pagi agak awal seawal sebelum subuh namun aktiviti adalah semendung cuaca. cuaca mendung ni best jugak sebab udara agak sejuk. selain dari itu aku tak perlu melalui kepanasan lampau terik matahari. pagi-pagi dah print draft thesis yang baru tapi yang sakit hatinya cartridge hitam buat hal. ada baris-baris ayat yang kabur dan tidak dapat dibaca. suatu pembaziran kertas telah berlaku. cukup tidak suka..!! untuk mengelakkan masalah sama berlaku, terpaksa membeli 1 cartridge hitam yang baru. terbang lagi duit ku... takpe, beli je cartridge yang baru..ini adalah untuk memastikan hasil cetakan yang lebih berkualiti (sambil tersenyum menampak kan baris gigi yang tak berapa tersusun)

dalam dok mengemas meja kerja tetiba dapat panggilan dari pejabat fakulti bahagian post graduate. rupanya aku perlu mendaftarkan diri jugak semester ni walaupun tinggal beberapa hari lagi aku nak viva. itu bukan masalah besar sangat tapi yang jadik lagi besar adalah pasal hutang..!!! aku masih lagi ada hutang dengan pejabat bendahari iaitu hutang semester lepas. dah tak banyak tapi mencecah rm1k++. perrgghh...terbang lagi banyak duit aku... (kalo tak bayar hutang tak dapat nak register). bagus jugak kan, kalo aku dah bayar semua tu aku dah tak perlu risau lagi pasal hutang dengan pejabat bendahari  dan ini memudahkan proses pengijazahan aku selepas ini. 

best kan kalo hidup ini kita boleh potong itu ini, delete, backspace, pastu tambah benda baru kemudian edit balik. macam edit ayat kat MS Word. hakikatnya kehidupan ini tak boleh lah berlalu begitu. ia melibatkan masa yang tak boleh berundur balik walaupun jaraknya SESAAT jek. nak tak nak kenalah juga kita teruskan hidup tapi bila dah sedar akan kesalahan diri maka perlulah berubah. kekadang tu bukan tak tahu tapi disebabkan tabiat negatif yang lama masih lagi seronok bersarang dalam diri dan minda.

aku ingat lagi ada kawan ni kongsi pasal duit. bila tengok beg duit dan duitnya dah tinggal sikit maka janganlah cakap "dah takde duit" atau "sikitnya duit aku" atau "mana nak cari duit ni". sebaliknya cubalah berkata "ada duit lagi" atau "owh..banyak lagi duit aku" atau "pasni bertambah lagi duit ni". memanglah dengan berkata sedemikian ia tidak membawa kepada pertambahan duit tersebut tapi sekurangnya ia telah memberi sedikit ruang kelegaan buat diri sendiri dan yang lebih penting kita telah membuat tarikan positif ke dalam hidup.

kalau citer pasal duit nak habis memang kejap jek. tapi kena ingat jugak kepada yang Maha Memberi Rezki kat kita hari-hari non-stop 24/7


teringat kat citer "3 idiots". ayat power diorang "aal iz well"


----------------------------------
14:11 04102011
bertapa di gua yang bernama library

No comments:

Related Posts with Thumbnails