i k l a n

Monday, November 14, 2011

kisah di pagi hari

rasa bahagia, gembira, senyum dan tenang

Ya,
kita patut merasa sangat bahagia dan sangat gembira dengan kehidupan hari ini,
senyumlah,
dan
rasailah ketenangan dalam kehidupan ini

bermula seawal membuka mata di pagi hari yang menandakan kita masih lagi boleh melihat walaupun di dalam kelam. masa tu deria rasa juga dapat menangkap kedinginan cuaca pagi yang suhunya mencecah 25 darjah. tangan masih gagah menarik kembali selimut menutupi sekujur tubuh. nafas di tarik panjang dan dihembus perlahan-lahan diikuti kuapan kecil. rasa mengantuk masih lagi menghantui. namun minda terfikir akan tanggungjawab yang masih belum didirikan. ikut hati mahu lagi disambung tidur kembali. dicelah itu terselit suara kecil tanggungjawab itu wajib dilaksanakan. antara suara hati besar dan hati kecil. diri telah berbelah bahagi. minda pula mengingatkan akan segala urusan dunia yang harus dilaksanakan. diturutkan juga hati kecil dengan sokongan dari minda tadi. bangunlah kita dengan malas-malas melangkah untuk mengambil wuduk. baru sedar yang kaki masih lagi gagah melangkah...

mengambil wuduk dalam kedinginan pagi cukup mencabar. namun aura ketenangan datang bertandang dalam diri. tangan mengangkat takbir, mulut membaca surah, tunduk rukuk dan sujud memenuhi rukun dan disudahi dengan salam yang tak bersambut di dunia nyata.

Ya Allah...Alhamdulillah syukur atas kebesaranMu dan kasih sayangMu dipagi hari ini, telah banyak nikmat yang engkau kurniakan kepada hamba Mu yang sentiasa alpa.

"orang-orang yang beriman dan tenteram hatinya dengan mengingati Allah, ingatlah bahawa dengan mengingati Allah itu, tenteramlah segala hati"
al-ra'd : 28

No comments:

Related Posts with Thumbnails