Salam kesejahteraan, kesihatan,
keselamatan, kegembiraan, keceriaan dan ketenangan buat semua. Hari ini dalam
sejarah. Setiap hari kita akan membuat sejarah samada sejarah baru, sejarah
yang sama atau mengulang kembali sejarah lama-lama. Namun masa yang telah
ditinggalkan itu tetap tidak boleh dijejaki lagi apatah lagi mahu kembali ke
zaman silam yang umpama menunggu bulan jatuh ke riba. Beb..kalo bulan dah jatuh
ke riba maknanya dah kiamat..!!
masa yang ada sekarang ini haruslah kita
jalani dan hayati sepenuhnya agar secangkir kenangan yang berbaki itu akan
menjadi detik waktu yang paling best dalam hidup di muka bumi Allah swt.
Aku nak kongsi peristiwa yang berlaku
dalam seminggu dua nih. Pertamanya aku nak ucap tahniah buat sahabat seusrah,
sekampus, sekolej, sesyarikat kerana telah pun mendapat cahaya mata kedua
sebagai penyambung warisan keturunan keluarga orang yang beriman. Walaupun aku
tengok anak pertama mereka masih lagi belum boleh bercakap namun mereka begitu
produktif menambah bilangan umat Muhammad SAW. Alhamdulillah...Rezeki dari
Allah.
Diumur sebaya aku ni tak pelik sangat kalo
dikaitkan dengan perkahwinan. Yang mungkin jadi pelik sikit adalah bagi yang
masih belum kawen. Namun aku ada sorang junior ni (of course umur tersangat
muda dari aku) yang agak rapat jugaklah. Yang bestnya dulu bila tengok dinding
mukabuku dia mesti penuh dengan doa-doa. Macam-macam doalah yang ada. Mungkin
rintihan dia mengadu kepada Yang Maha Esa. Apa yang terjadi ngam-ngam lepas
habis belajar, budak ni telah pun bertemu jodoh. Ramai dikalangan kami yang
terkejut. Tetiba jek hantar sms jemputan kawen. Wah..dia dah bertemu dengan
jodohnya. Dan pagi tadi antara jam 2 pagi dapat sms dari budak ni sekali lagi.
Ucapan perpisahan sebab dia bakal bertolak ke Mesir mengikut suaminya yang
belajar di sana. Walaupun berada jauh di sana tapi mukabuku tetap ada untuk
kita saling berhubung dan bertahu khabar masing-masing.
Kehidupan yang kita lalui ini ada
pasangannya. Kalo kita ada kawan, kita juga akan ada musuhnya. Begitulah juga
dengan aku. Dalam tempoh ini juga bekas musuhku (satu ketika dululah) dan
kawanku sekampung, sesekolah dan sebaya telah pun selamat melangsungkan majlis
pernikahan masing-masing. Moga korang bahagia dengan pasangan masing-masing
hingga ke syurga. Jangan lupa untuk tambahkan lagi umat islam yang beriman di
atas muka bumi Allah ini. InsyaAllah dipermudahkan rezekiNya ke arah itu.
Sebelum menempuh saat kebahagiaan dalam
hidup, banyak juga rintangan yang perlu dirempuhi. Begitulah nasib seorang
junior yang banyak juga kisah hidupnya diluahkan kepada ku. Maklumlah aku ni
kan bekas Dr Love yang penah gagal dalam cinta..!! kih kih kih. Apa pun nasihat
yang banyak aku bagi kat dia adalah “bersabarlah
banyak-banyak”. Atas berkat kesabarannya itu akhirnya dia telah bertemu
dengan bakal jodohnya juga. Sementara menunggu masa dan saat yang sesuai
sebelum menjadi isteri kepada seorang yang dipanggil suami, maka ikatan
pertunangan didahulukan. Bukanlah sebagai lesen untuk menjadi halal tapi
sekadar panduan menuju ke arah ikatan yang sah.
Itu cerita yang dah beranak, berkahwin,
baru berkahwin dan bertunang. Yang belum kawen ni pun ada jugak peristiwanya.
Ia berlaku kepada rakan serumah, sekampus, sekolej tapi bukan sebilik
(hahahaha). Dia ni tengah giat mencari jodohnya. Alhamdulillah berkat doanya di
kota suci Mekah semasa mengerjakan umrah sebelum ini, dia telah pun ada calon
yang diperkenalkan keluarga. maka kegembiraan tak terkata hanya dapat diluahkan
dengan senaman tanpa henti 24/7 dirumah. Dia tengah berusaha untuk menguruskan
badannya dengan cara minum tea herba orang kampung dan bersenam. Kat rumah ni
dah bertambah lagi alat-alat senaman. Ada juga aku mintak pinjam alat senaman
dia. Boleh pulak dia cakap kat aku “ko
nak bersenam watpe..!! ko kan dah slim tahap perempuan tengok pun leh jeles”.
Aku pun membalas pukulan tersebut “beb...aku
bersenam bukan sebab nak kuruskan badan tapi untuk jaga kesihatan supaya badan
aku sentiasa dalam kondisi terbaek” (ceh..jawapan aku yang skema). Tetiba
dia sambut pukulan balas aku “erm..aku
bersenam ni pun untuk kesihatan aku jugak sebab nak turunkan berat badan aku”.
Walaupun dia tidak membalas pukulan aku tadi, tapi aku dengan sengaja membuat
pukulan lain sekali lagi yang betul-betul tepat pada bulu dadanya “kalo nak sihat tak perlulah sedut asap”
Kalo dah ajalnya, tak hisap rokok pun
boleh meninggal juga. Semua ini sudah tersurat dan kita tiada daya untuk
menolak ketentuannya. Begitu juga yang berlaku kepada ayah seorang junior ni
yang telah beralih dari dunia sementara kepada alam kubur sebelum menjelma hari
kebangkitan. Takziah diucapkan.
Semua peristiwa ni aku titipkan sebagai
kenangan persahabatan. Aku doakan moga watak-watak yang aku lakarkan di atas
sentiasa di dalam redha Allah.
PENGHARGAAN BUAT WATAK-WATAK:
Sdr. Faizul Amin dan
isteri (rashidah) dan si comel Mireya An-Nuha dan baby boy yang baru kenal dunia
Sdri. Nurashikin dan
suaminya yang rasanya dah bersama-sama kat Mesir sekarang ni
Riduan aka Don dan
isteri (Mazila) serta Rose Raihana dan suami (Shafiq) yang baru bergelar pasangan suami
isteri
Sdri. Siti Nur Syahirah yang baru bergelar tunangan orang dan baru dapat tawaran kursus jururawat
(lambat lah pulak kawennya nanti)
Sdr. Aimullah yang
bakal membuat kejutan untuk bakal jodohnya
Sdri. Nurul Huda dan
keluarga semoga tabah dan redha dengan pemergiannya
No comments:
Post a Comment