Tajuk entry hari ini bukanlah berkenaan
dengan kumpulan band indie terkenal “Hujan” dan juga tidak ada kena mengena
dengan hero korea dalam citer ninja asassin “Rain”. Hari ini aku nak citer
tentang suatu ciptaan Allah swt yang Maha Hebat.
Hujan. Musim sekarang ni memang benda
nilah yang jadi topik utama
berita-berita di muka TV. Tidak kiralah di TV kerajaan atau swasta (eh bukan
ke semua TV adalah media kerajaan). Benda ni walaupun namanya sama dengan
kumpulan band dan pelakon hebat korea namun kehebatannya adalah lebih terserlah
dari kedua-duanya. Manakan tidak hebat, kedatangannya sahaja boleh menghuruharakan
manusia. Malah tidak terkecuali hurahara adalah makhluk Allah yang lain
terutamanya yang bernama kambing.
Hujan. Secara faktanya hujan merupakan
himpunan titisan air. Titisan air yang bergabung turun dari gerombolan awan nano
jatuh ke bumi. Gabungan titisan air ini yang turun secara santai dan bersahaja
dipanggil gerimis mengundang. Bagi gabungan titisan air yang turun
secara terjunan bebas dan gelojoh dipanggil hujan lebat. Manakala bagi yang
turun secara terjunan bebas, gelojoh dan secara berkumpulan dipanggil hujan
batu. Titisan air ni juga boleh terpengaruh dengan gejala negatif bila bersama
bahan-bahan enap cemar yang berkeliaran bebas di udara dan bersatu menjadi
hujan asid. Ia juga boleh menjadi kumpulan yang ganas bila bergabung dengan
angin dan dikenali sebagai ribut. Keganasan ini akan lebih digeruni jika
diiringi irama guruh dan kilauan cahaya putih yang dikenali sebagai kilat.
Hujan. Ia merupakan suatu yang menyusahkan
manusia malah digelar sebagai bencana alam pada ketika berlakunya banjir.
Kejahatannya akan lebih terserlah bilamana ada manusia yang mati lemas, ada
yang kena berpindah ke tempat lain, kilang terpaksa tutup, banyak mesin dan
alatan rosak, adanya tanah runtuh dan tanaman yang baru nak berhasil juga
musnah. Disebalik kejahatan itu, ada juga gurauan berupa kenakalan hujan itu
sendiri yang mana menghalang manusia dari menjalankan urusan harian. Ada yang
tidak dapat ke pejabat, anak kecil tak dapat ke sekolah, petani tidak dapat
bercucuk tanam, kontraktor tak dapat nak membancuh simen, buruh binaan terpaksa
berteduh di dalam kontena, perlumbaan F1 menghadapi banyak perlanggaran, pemain
bola terpaksa menggelecek lopak-lopak air, penjaga gol tak dapat nak selamatkan
bola yang menerjah gawang, penjual air ditepi jalan terus tutup kedai, orang
islam tak dapat nak solat jumaat di masjid dan lain-lain-lain yang bersifat
menghalang.
Hujan. Ia sebenarnya dijadikan punca
masalah kepada pembawa masalah. Punca masalah bukanlah dari sifat hujan itu
sendiri tapi dari sifat manusia yang suka membawa masalah. Masalah-masalah yang
berlaku asalnya tiada kaitan langsung dengan hujan malah kedatangan hujan tidak
lain tidak bukan sekadar melengkapi suatu kitar alam yang telah ditetapkan oleh
Allah swt. Cuma pembawa masalah ini telah mereka cipta suatu alasan dengan
menyalahkan hujan sebagai punca. Maklumlah hujan tidak pandai untuk mereka
alasan lain lagi tapi hanya pandai patuh dan taat kepada perintah Tuannya
sahaja. Kekadang tu kesiannya juga dengan hujan yang difitnah sedemikian rupa.
Hujan. Kedatangannya sebagaimana ketetapan
perintah Allah swt. Kedatangannya bukanlah berasal menjadi punca masalah tapi
merupakan sebagai suatu tanda turunnya rahmat Allah swt ke atas muka bumi
Allah. Berapa banyak titisan air yang turun begitulah juga dengan rahmat Allah
yang tidak terkira banyaknya turun bersama. Manfaatnya bukan sahaja kepada
manusia yang suka menyalahkan hujan tapi kepada semua makhluk Allah yang lain
yang digelar tumbuhan dan haiwan. Turunnya hujan ini merupakan suatu hikmah
yang besar kepada manusia yang sentiasa memikirkan tentang kejadian alam
sebagai tanda kebesaran Allah swt.
Hujan. Turunnya ia bersama rahmat dari
Allah swt. Antara saat ketika mustajab doa adalah ketika turunnya hujan. Maka
apakah doa yang sering kita titipkan ketika turunnya hujan? Adakah masalah yang
kita selalu tuturkan dek kedangkalan iman kita atau mungkin kita menadah tangan
tanda kesyukuran atas turunnya rahmat Allah sambil memohon keampunan dan diperkayakan
dengan rezeki yang halal.
Hujan. Penuh hikmahnya hinggakan ia
menjadi bahan ujian untuk hamba Allah yang beriman. Sejauh mana mereka dapat
hadapi saat susah dek hujan dan sejauh mana mereka dapat bersyukur dek rahmat
selepas hujan.
“Allah telah menciptakan langit dan bumi
dengan sebenarnya. Sesungguhnya tentang demikian itu menjadi ayat (tanda) bagi
orang-orang yang beriman”
Al-Ankabut | 44
p/s: tetiba teringat lagu bangau oh bangau
p/s: KEPADA YANG MASIH BUJANG SHJ. Bila
hujan turun dengan lebat mari kita pakat-pakat berdoa dipertemukan dengan jodoh
masing-masing :D lagi pun yang dah ada jodohnya tu taulah apa yang boleh dibuat
time hujan-hujan ni..!! :P
No comments:
Post a Comment