kekadang kita pelik, nape dah makan macam-macam ubat tapi tetap tak sembuh. rupanya kita terlupa bukan ubat yang menyembuhkan tapi Allah yang menyembuhkan. kita terlupa untuk memohon kesembuhan dari yang sepatutnya. lagi pun sakit itukan ujian. jadi apakah jawapan kita terhadap setiap ujian tersebut?
keluar dari k-otak II:
antara motivasi untuk berjaya adalah membuat kejayaan-kejayaan kecil setiap hari. sekurang-kurangnya perlu ada 3 kejayaan yang perlu dicapai. tapi bagaimana nak berjaya kalo kita pun tak tahu apa yang perlu dijayakan (matlamat). apatah lagi nak capai 3 kejayaan. jauhnyaaaa...
keluar dari k-otak III:
Setiap hari yang menjelma merupakan hari terbaek untuk kita mencipta kejayaan. bak kata pepatah kejayaan tidak datang berGOLEK. dan selagi mana kita terus berusaha untuk berjaya insyaALLAH kita tidak akan jatuh terGOLEK
keluar dari k-otak IV:
ramai orang yang tak nak makan BAB-i sebab ia haram. tapi ramai yang tak perasaan dah makan benda yang haram lebih dari BAB-i. ramai yang terlupa bahawa makan riba tu lebih teruk kesannya. owh...mereka tak lupa tapi mereka keliru sebab nama riba telah diubah kepada nama yang lebih menarik (faedah, interest, bunga, dividen dll)
keluar dari k-Otak V:
umum tahu kiamat sudah dekat. tidak kurang juga yang cuba menunjukkan bukti kiamat sudah dekat. akhir-akhir ini pun kita sudah sedia tengok semua tanda-tanda tersebut namun kita TIDAK juga cuba untuk mempertingkatkan amalan ibadat kita seperti mana meningkatnya tanda-tanda kiamat.
keluar dari k-Otak VI:
memang ler kiamat sudah dekat tapi tak kan ler nak dok atas sejadah 24jam. takkan nak dok iktikaf atas masjid 24/7. beb..bekerja juga akan menjadi suatu ibadat jika niatnya kerana Allah swt.
keluar dari k-Otak VII:
ada orang yang menganggap
ada orang sms tanya: pecer skg?
aku jawab: sibuk dok menyibukkan diri, mencari benda yang tak pasti, cuba usaha untuk mendekati, selagi tak mati terus berbakti. kalo dah mati tentu tiada lagi di sini. dan cnfirm tak dapat reply msge korang lagi..!!
p/s: aku rasa macam orang asing pulak bila keluar dari k-Otak biasa ni. adakah sebab tidak biasa atau sudah terbiasa?
tidak biasa dengan cara baru atau sudah terlalu biasa dengan cara biasa
maka jadilah kita seperti orang-orang biasa
lama-lama jadi makin tidak bisa
akhirnya tinggalah sisa
sisa yang tiada jasa
No comments:
Post a Comment