i k l a n

Saturday, December 17, 2011

TIPS KAYA dan BERJAYA


Hari ini aku nak kongsi petua jadik kaya. Mesti korang teruja giler nak tahu. Maklumlah xde orang yang tak nak jadi kaya. Aku lagi-lagi-lagi la teruja nak kongsi benda ni. Sebabnya aku pun belum jadik kaya lagi dan dalam proses nak menuju ke arah menjadi kaya. Lagi pun petua ni aku baru dapat. Dapat kat mana tu biarlah jadi rahsia antara aku dan Dia.

Seperti mana yang korang sedia maklum, nak jadi kaya ni bukanlah perkara yang mudah dan senang. Yang lagi menyusahkan dan mempayahkan lagi untuk kita jadi kaya adalah takde standard khusus untuk jadi kaya. Contohnya camni, bilakah kita akan dikategorikan sebagai kaya? Adakah bila kita telah ada wang sejuta ringgit? Habistu kalo ada harta bernilai sejuta ringgit pulak camne? Amboi main juta-juta pulak!! Sebab tu tak senang nak jadi kaya sebab takde skop yang boleh mengkategorikan individu itu sebagai kaya.

Antara kaedah yang popular untuk jadi kaya adalah dengan cara berniaga. Aku sekali lagi pasti yang korang sedia tahu satu sumber hadis pepatah ni “9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan”. Tapi berapa ramai yang betul-betul kaya dari hasil perniagaan? Dan berapa ramai pulak yang jatuh muflis dan kita tengok tak kaya-kaya walaupun diorang ni adalah seorang peniaga. jadi berniaga juga belum pasti dapat menjadikan kita kaya. Pergh...susah kan nak jadi kaya..!!

Okey..!! kembali kepada tajuk. Petua ni aku pun tak pernah cuba lagi tapi aku dah nampak hasil dari beberapa client dan orang yang aku kenal dan aku kategorikan sebagai orang kaya. Dan lagi sekali aku boleh kategorikan diorang ni kaya dari semua sudut (rujuk pesanan di akhir entri). Maksudnya bukan banyak duit dan harta jek. Jadi mari kita sama-sama praktikkan petua ni

Petua pertama dan satu-satunya petua adalah:

ELAKKAN KERUGIAN

Biasanya orang dok citer camne nak buat bisnes, strategi tingkatkan jualan tapi aku citer sebaliknya. Bunyinyer cam kelakar tapi benda nilah yang selalu kita lupa. Asyik fikir untung sampai terlupa punca rugi. Bukan kita tak tahu tapi kita amik mudah. Bukan takde orang ingatkan tapi kita tak pernah nak amalkan. Kekadang tu kita dah amalkan tapi kita tak istiqamah (berterusan). Lagi teruk bila ia dah jadi tabiat kita sentiasa membuat kerugian.

Istilah rugi dan untung ni sangat sinonim ngan orang berniaga. Namun begitu, orang yang tak berniaga sebenarnya lagi banyak mengalami kerugian berbanding orang berniaga. Jadi kalo kita sebagai seorang peniaga kita perlu fokus untuk tingkatkan keuntungan dan kena elakkan perkara yang merugikan perniagaan. Bagi yang tak berniaga pulak, tugas korang adalah elakkan perkara yang merugikan..!! ada dua (2) perkara yang kita perlu jaga untuk elak rugi.

Jaga benda ni:  MASA
Kalo korang orang islam, aku sangat-sangat pasti korang tahu ayat ni:

[Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang]

Demi masa [1] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian [2] Kecuali orang-orang beriman dan beramal soleh dan nasihat-menasihati dengan keBENARan dan keSABARan [3]

Surah al-‘asr

Allah yakni tuhan yang menjadikan kita telah bagi peringatan awal-awal lagi tentang MASA yang boleh merugikan kita. Awal tu seawal 1400 tahun dulu lagi. Surah kat atas tu korang baca, renung, fikir dan cuba fahami sendiri. Aku cuma amik dari tafsir quran untuk memudahkan kita semua faham. Sekarang ni cuba semak balik.

Sejauh mana kita jaga penggunaan masa kita seharian?
Berapa kali kita tidak menepati janji bila ada appointment dengan seseorang?
Berapa kali pulak kita datang meeting lewat?
Kalo yang masih belajar, berapa kali kita datang kelas lewat atau hantar assignment lewat?
Kalo yang bekerja, berapa kali korang siapkan kerja terlebih dari due date yang sepatutnya?
Kalo bab ibadat, Bagaimana pula kita menjaga masa kita dengan Allah?

Semua perkara dalam hidup kita sangat berkaitan dengan masa. Kita sering amik mudah dengan setiap janjitemu yang kita aturkan. Mungkin janjitemu itu dengan sahabat dan kaum keluarga terdekat saja. Tapi kita kena ingat, setiap kali kita memungkiri janji, kita boleh tergolong dalam kategori orang yang munafik.

Kita juga sering tak bersungguh dengan due date atau tarikh akhir untuk menghantar segala tugasan, kerja dan segala sesuatu. Biasanya disaat akhir itulah yang kita akan bersungguh dan pulun habis-habisan untuk menyiapkan. Tetiba aku teringat ayat ni “ingat masa lapang sebelum datangnya masa sibuk”. Dan ada lagi empat (4) perkara lain yang perlu kita ingat dan semuanya berkaitan dengan masa. Empat perkara tersebut sila cari sendiri.

Pepatah yang berkaitan masa:
“Masa adalah emas”
“Masa ibarat mata pedang yang tajam”
“Time is about GONE or GOLD”
“Aku hanya ada hari ini, hari semalam telah berlalu, hari esok belum pasti”
“Kita bukan terlalu awal tapi kita telah terlewat”
“jaga masa hubungan kita dengan Allah, insyaAllah semua masa kita akan terjaga”



Jaga benda ni: pemBAZIRan
Pepatah yang sangat sinonim dengan benda ni adalah “membazir itu amalan syaitan”.
Membazir itu juga boleh menyebabkan kita rugi. Perkara yang biasa kita bazirkan adalah
1) MASA
2) TENAGA
3) WANG
4) SUMBER BEKALAN (makanan, elektrik, air, minyak dll)

Jika kita dapat menjaga keempat-empat perkara tersebut kita masih belum mendapat untung tapi kita telah mengelakkan dari mengalami kerugian. Tapi kekadang tu orang yang jaga pasal membazir akan dikategorikan sebagai kedekut pulak..!! pedulikan apa orang kata. Kata kunci untuk elak membazir dan tak kedekut adalah tahu membezakan setiap perkara di atas sebagai suatu KEPERLUAN, KEMAMPUAN atau KEMAHUAN.

TIPS:
Ada benda yang kita mahu, kita mampu tapi tak perlu. [elakkan sbb ada perkara lain yg kita lagi perlu]
Ada benda yang kita mahu dan sangat perlu tapi kita tak mampu. [Cari masa lain atau dptkan alternatif lain yang sesuai dgn kemampuan]

Tetiba teringat lirik lagu “pokok-MUH ft hazama | terlalu mahu dan mahu, terlupa apa yang perlu”

Okey..itu jek dua (2) benda yang kita perlu jaga untuk jadi kaya. Tak susah pun untuk jadi kaya namun tak mudah juga untuk jadi kaya.

Hasil tips di atas aku leh simpulkan dalam analogi ini:
Andaikan sekarang ni kita ada sebuah baldi. Kita nak isi air dalam baldi ni sampai penuh tapi masalahnya baldi tu ada lubang kat bawah. Jadi camne air akan penuh kalo kita tak tutup lubang tersebut. Dengan menutup lubang tersebut, boleh diumpamakan kita menutup punca kerugian. Untung tu suatu yang kita tak tahu besar ke kecik, tapi dengan menutup ruang kerugian insyaAllah untung yang kecik dapat jadi banyak juga.

Lagi tips nak kaya dunia dan akhirat:
1) Baca balik surah al-‘asr. Orang yang tak rugi adalah orang yang beriman, beramal soleh, suka menasihati dengan benar dan sabar
2) cuba baca surah as-saff ayat 10 dan 11. bagi memudahkan korang aku terus bagi tafsir ayat kat sini

[Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang]

Wahai orang-orang beriman, mahukah Aku tunjukkan kepadamu suatu PERNIAGAAN yang akan melepaskan kamu dari seksa yang pedih [10] yakni beriman kamu kepada Allah dan rasulnya dan berjuang pada jalan Allah dengan HARTA dan DIRImu. Itulah yang terlebih baik bagimu, jika kamu mengetahui [11]

As-saff |10-11

Aku dah tahu, aku juga mahu jadi aku perlu berubah sekarang. Ayuh kita buat sama-sama..!!
Jangan asingkan kehidupan dunia dengan akhirat, jangan lupa juga buka kitab panduan yang Allah dah bagi 1400 tahun lepas..!!

p/s: jadilah seorang yang kaya. Bukan hanya kaya wang dan harta malah kaya dengan budi bahasa, adat sopan dan budi pekerti. Kayakan lah diri dengan senyuman kerana senyuman itu sedekah yang paling mudah tapi mahal nilainya.
p/s: jadilah seorang yang kaya. Jadilah seorang yang kaya didunia dan kaya diakhirat. Jadikanlah hasil kekayaan didunia sebagai sedekah untuk pelaburan saham akhirat. kayakan juga kehidupan kita seharian dengan zikir pagi dan petang.
p/s: jadilah seorang yang kaya. Kerana kaya itu merupakan nikmat yang diberikan Allah untuk kita membantu agama Allah. Cuma jangan pula kita lupa, kaya itu juga akan jadi ujian untuk diri kita didunia yang boleh membawa kita samada ke neraka/syurga di akhirat kelak.

2 comments:

MuzzamMiL said...

Assalamualaikum wbk..

Pembetulan:
"9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan"

Ini tak dapat dikategorikan sebagai hadis sebab tak dinyatakan periwayatnya..

Hadis juga ada banyak kategori, Hadis sahih, dhaif, maudhu'...


Begitu juga salam faham ramai orang..
"Tuntut ilmu sampai negeri China"..

Maka eloklah kita letak kata cerdik pandai (bukan hadis)..

Sekadar berkongsi..

MiL

http://jomhadis.blogspot.com/2011/12/mengutip-ilmu-daripada-sumber-sahih.html

muhsync said...

ok thank atas teguran :D akan dibaiki segera

Related Posts with Thumbnails