i k l a n

Saturday, November 19, 2011

tiada lagi indah


Tak tahulah nak kata bagaimana lagi. Sudahlah keindahan alam banyak yang telah tercabul keindahannya. Sekarang ini kata-kata juga telah hilang keindahannya. Patutlah tiada lagi indahnya budi pekerti dan adab sopan. Ini tidak lain berpunca dari betapa hilangnya keindahan dalam pemikiran.

Tetiba bercerita pasal keindahan. Semua ini terjadi dek tak tahan dengan segelintir rakan-rakan yang bermulut lepas, suka melabel dan yang tak tahan bila nama seseorang disamatarafkan dengan haiwan. Bukanlah bermaksud menyokong individu tersebut tapi sebagai seorang muslim yang nak syurga Allah maka apakah hak kita untuk menyamatarafkan sesorang dengan haiwan? Bila pulak kita nak minta maaf dengan mereka yang kita cemuh itu? Cukup ke setakat kita bertaubat kepada Allah tanpa dapat meminta maaf kepada empunya badan? Istighfar banyak-banyak

Jika kita melabel orang itu sekalipun tiada sebarang faedah secara langsung kepada diri kita selain dari kepuasan nafsu semata-mata. Kalo benda tu tak betol maka kita akan memperoleh satu dosa. Tapi jika kita cuba tidak melibatkan diri maka sekurang-kurangnya kita telah dapat menyelamatkan diri dari mengumpul satu point dosa. Masuk syurga tu belum tentu lagi tapi kita tidak menambah dosa lain. Beb..hidup kita bukan di dunia sahaja tapi satu kehidupan yang lagi panjang perlu ditempuh selepas kematian.

Cuba semak balik apakah vision kita. atas dunia ni ramai yang dok bercerita visi dan misi. Tapi ramai tak perasan yang visi mereka baru setakat misi sahaja. Itu yang ramai lost sebab takde langsung visi sebenar sebagai hamba Allah swt. Jom kita setkan semula visi dan misi kehidupan kita.



Dari Abu Abdullah Al-Nu’man bin Basyir RA katanya:
Aku dengar Rasulullah saw bersabda:
Sesungguhnya yang halal itu nyata (terang) dan yang haram itu pun nyata (terang) dan di antara keduanya ada perkara-perkara kesamaran yang tidak diketahuinya oleh kebanyakkan manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya dari) segala kesamaran, sesungguhnya ia memelihara bagi agamanya dan kehormatanya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran jatuhlah ia ke dalam yang haram seperti seorang pengembala yang mengembala disekeliling kawasan larangan, hampir sangat (ternaknya) maka di dalamnya. Ketahuilah! Bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangan. Ketahuilah! Bahawa larangan Allah ialah segala yang haramnya. Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekeliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati.
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim
::Hadith 40 (terjemahan dan syarahnya)::


Disebalik hilangnya keindahan terselit juga indah dibalik segala kekotoran kata, adab dan pemikiran

No comments:

Related Posts with Thumbnails