i k l a n

Monday, December 26, 2011

2012: perkara yang perlu ditingkatkan


2012
Perkara yang perlu dipertingkatkan

Muhasabah
Sentiasa muhasabah untuk memastikan peningkatan produktiviti. Disebabkan mahu melihat suatu peningkatan yang agak besar bagi tahun 2012. Maka keperluan untuk membuat muhasabah perlu dipertingkatkan. Terbaek adalah muhasabah harian dan mengikut keperluan yang dirasakan perlu. Jika ada baek maka ia harus diteruskan esok hari dan jika yang tak elok, ia harus diperbaiki dan jika perlu belajarlah dari segala kesilapan yang telah lepas.

MASA
Memastikan penggunaan masa yang optimum. Cuba dan harus mencuba untuk tidak memungkiri masa yang telah ditetapkan. Masa juga akan melibatkan keperluan elemen fokus. Keperluan fokus terhadap segala urusan yang ditetapkan dalam satu-satu masa memainkan peranan yang cukup tinggi terutamanya bagi yang mempunyai banyak tugas dalam satu-satu masa. Secara tidak langsung juga telah menzahirkan disiplin terhadap diri sendiri.

pemBAZIRan
cuba menggunakan sumber sebaik mungkin. Pembaziran merupakan perkara yang mungkin kerap dilakukan sehingga ia telah menjadi tabiat. Penggunaan sumber secara optimum dapat memastikan kita tidak rugi. Penjimatan ini dapat dikembalikan kepada keperluan lain yang lagi penting.
*sumber: makanan, air, tenaga, wang, elektrik

Usaha
Tambahkan usaha untuk mendapatkan hasil yang lagi baik. Kalau sebelum ni kita sudah berusaha dan mencapai suatu hasil yang agak memuaskan. Dan bagi kali ini kita mahukan suatu hasil yang lagi baik maka haruslah kita cuba melipatgandakan usaha untuk mendapatkan hasil yang juga berlipatkaliganda.

Hasil
Usaha bertambah, insyaAllah hasil pun bertambah. Berusaha tanpa hasil adalah suatu yang sia-sia. Namun orang yang berusaha akan mendapat hasilnya dalam pelbagai bentuk. Mungkin kita mahukan hasil lain tapi yang kita perolehi adalah hasil yang berlainan. Tidak mengapa. Allah lebih tahu apa yang kita perlu dari apa yang kita mahu. Maka teruskan lah lagi usaha untuk mendapat hasil yang lain.

Tabungan
Bertambah hasil, kena tambahkan juga untuk simpanan. Simpanan atau tabungan juga suatu faktor untuk memastikan kita mempunyai sumber dan kedudukan yang kukuh di masa hadapan. Dalam usaha meningkatkan hasil, jangan dilupa meningkatkan bahagian tabungan. Tabungan ini merupakan upah untuk diri kita sendiri. Jadi mengapa tidak kita gandakan upah untuk diri sendiri

Peluang
Rebut peluang baik yang ada. Peluang baik yang dimaksudkan bukan sahaja dalam segala urusan harian dan perniagaan tetapi ia juga melibatkan peluang untuk mendapat ganjaran pahala. Contohnya berebut untuk berada di saf pertama dan dibelakang imam, berpuasa sunat isnin dan khamis serta bersedekah wang, kepakaran dan berkongsi ilmu pengetahuan.

p/s: ini analisis untuk diri aku, korang ada?

No comments:

Related Posts with Thumbnails