i k l a n

Monday, December 26, 2011

keSILAPan tentang bekerja sendiri


keSILAPan tentang bekerja sendiri

sape dalam dunia ni yang tak pernah buat silap. Sampaikan kita disuruh untuk setiap hari bertaubat kepada Allah swt. Sengaja atau tidak sengaja itu bukan isunya tapi yang lebih penting adalah apa yang kita dapat belajar dari kesilapan tersebut dan usaha untuk tidak ulangi lagi kesilapan yang sama.

Aku rasa bab kesilapan ni dah pernah aku citer dalam entri sebelum ni. Sila semak sendiri. Untuk segmen kali ni aku nak citer kesilapan atau lebih tepat salah tanggapan tentang beberapa istilah. Istilah ni penting untuk difahami terutamanya mereka-mereka yang tak ingin memilih option skim lama atau SBPA dan nak bekerja sendiri.

Sendiri jadi boss
Sudah tentulah kita yang akan jadi boss, kalo tidak ia akan dinamakan sebagai makan gaji. Bila sendiri yang jadi boss, semua akan anggap kerja lebih senang sebabnya dah takde orang nak menekan dan menekan kehidupan kita. Kononnya dah takde lagi due date yang perlu dikejar dan berkejar setiap masa. Dan bagi yang masih makan gaji akan cakap “best lah ko kerja sendiri dan sendiri jadi boss..!!”. what the heck..!!! hakikat yang perlu difahami bagini; sendiri menjadi boss adalah lebih susah kerana kita yang perlu tetapkan segala due date, halatuju syarikat, mendorong produktiviti pekerja atau rakan usahasama dan perlu mengurus masa, wang dan tenaga secara optimum. Rasanya takde istilah jadi boss boleh goyang kaki* kan.

* boleh goyang kaki, tapi goyang kaki masa korang duduk rilek-rilek kat umah sambil melayan secawan kopi dan kepala jenuh berfikir cara nak dapat projek dan keuntungan berlipat kali ganda.

Masa yang bebas
YA..!! memang bebas untuk menentukan halatuju masa kita tapi kalo tak tentu halatujunya maka kita akan rugi..!! sebab tu tak kurang jugak orang yang bekerja sendiri telah bungkus atau istilah popularnya adalah gulung tikar. Terlalu bebas dalam mengurus masa akan menyebabkan masa kita akan terus merayau tak tentu hala dan bercampur dengan anasir yang tidak baek dan akhirnya tak pulang ke rumah. Opss...terlebih sudah..! tiada istilah masa bebas, tapi kita kena mengawal masa sendiri.

Tiada kod etika berpakaian
Ada jugak ker alasan camni..!! takpe..layan jek. Memang ler takde kod berpakaian tapi kalo kita berurusan dengan pelanggan takkan ler nak pakai selipar jepun, baju pagoda, seluar tiga suku. Lainlah kalo memang kerja kita tu memerlukan kita pakai yang selekeh camtu. Kalo korang nak pakai cenggitu jugak, korang boleh bekerja je untuk membuat kerja rumah.

Tak perlu datang office
Maklumlahkan masa makan gaji dulu kena datang office seawal matahari terbit dan balik rumah pulak selewat matahari terbenam. Pastu office pulak punyalah jauh, tambah ngan traffic jam lagi, banyak tekan brek banyak juga makan minyak, sedekah duit kat pejabat tol pun dah tak terkira. So bila dah tak perlu datang office maka banyak yang kita dapat jimatkan. namun dimana pula office kita sendiri. Bagi yang baru akan jadikan rumah sebagai office. Jadi walaupun kita tak perlu keluar rumah untuk ke office kita sendiri. Kita tetap juga perlu masuk office rumah kita dan menjalankan kerja-kerja dengan disiplin yang kita sendiri tetapkan. Tetap juga kena masuk office yup..!!

Aku hanya dapat fikirkan 4 jek buat masa ni. Lain kali aku sambung lagi.

Sebenarnya takde istilah kerja sendiri adalah senang dan mudah. Ia akan senang dan mudah bila kita dah berada di satu tahap yang lain yang mana masa tu mungkin kita dah pakai bmw 7 series yang dibayar cash. Woohooaaa...!! Jadi kalo kita ni berada di tahap setahun jagung atau tahap belajar merangkak janganlah berlagak macam orang yang dah berlari 17 tahun.

Tak susah dan juga tak mudah untuk hidup senang

p/s : tetiba aku rasa nak berpantun

senang-senang si bujang senang,
bersenang lenang di sungai rajang,
apa nak dikisah hal orang bujang,
kalo dah berkenan masuklah meminang.

p/s lg : semacam ada sinar baru disitu...kih3

lg p/s : kerja yang paling senang adalah buat kerja niatkan kerana Allah swt sebelum kita membuat kerja-kerja senang yang lain

lg p/s lg : ada ramai yang suka buat kerja shortcut untuk hidup senang, dan akhirnya kerja shortcut itulah yang akan short and cut segala income dan saving yang diperolehi. Yang lagi teruk, fikiran pun jadi short dan mungkin ada yang dah terkena cut

No comments:

Related Posts with Thumbnails