i k l a n

Wednesday, December 21, 2011

SUMBANGan


Aku mempunyai satu impian. Dan memang betul ia adalah sebuah impian. Aku selalu mengimaginasikan suatu hari nanti aku bersama isteri dan anak-anak akan berkunjung ke rumah anak yatim. Di sana kami akan memberi bantuan, sumbangan dan sama-sama membuat aktiviti. Oooohhh...sungguh indah rasanya saat itu. Mungkin di saat tersebut aku dah tergolong dalam kategori orang kaya. Namun...

Namun jauh dibenak fikiran tentang beberapa perkara:

Bilakah masanya aku akan jadi kaya?
Seberapa kayakah aku ketika itu?
Semuanya macam terlalu jauh lagi, adakah umurku panjang?
Sekarang ni pun aku masih belum kawen..!! apatah lagi nak ada anak!!

Semuanya adalah perkara yang aku tidak boleh kawal. Yang aku ada sekarang ini hanyalah sebuah imaginasi dan impian. Bila memikirkan perkara tersebut, aku kena ubah beberapa perkara..!!

Kenapa tidak aku bermula sekarang..!!

Yaa..!!! aku kena bermula sekarang.

saje aku nak share kat sini. Aku sedang menyiapkan proposal program motivasi percuma untuk pelajar sekolah menengah dan ke atas. Program akan diadakan setiap hujung minggu. Penyertaan maksimum 100 orang pelajar sahaja. Motivasi berkenaan transformasi diri. Aktiviti adalah berbentuk bengkel. Untuk pelajar beragama islam sahaja. Masa boleh diselaraskan mengikut kehendak pihak sekolah. Pihak sekolah atau penganjur hanya perlu menyediakan prasarana tempat dan makan minum peserta. Tiada bayaran dikenakan disebabkan program ini adalah percuma. Sebarang sumbangan amatlah dialukan untuk kesinambungan kebaikan bersama.

Sekarang ni aku tengah mencari 2,3 orang partner yang boleh menyumbang sesuatu dalam program ni. Cuma kena faham yang program adalah percuma. Jangan nak fikir pasal bayaran. Yang penting keikhlasan untuk membantu umat. Jika mendapat bayaran sekalipun, itu adalah bonus dari Allah swt.

p/s: nak menyumbang atau menderma tak perlu tunggu jadik kaya. Semua tu lambat lagi, apa yang boleh kita laksanakan adalah manfaatkan MASA SEKARANG, TENAGA dan KEPAKARAN yang ada untuk manfaat bersama.

p/s: korang leh agak tak camne aku nyer imaginasi aku. Terutamanya bab isteri dan anak-anak. Agak2 berapa ramai anak yang aku bayangkan..kih3

No comments:

Related Posts with Thumbnails