Aku sebenarnya mempunyai 2,3 kenalan yang bernama Azam. kalo bukak phonebook memang tersenarai 2,3 nama ni. namun hari ini aku bukan nya nak citer pasal kenalan yang bernama Azam tapi berkenaan AZAM..!!
perkataan ni paling sinonim bila nak masuk tahun baru. tak kisahlah tahun baru hijriah atau tahun baru Masihi atau pun tahun baru cina juga. dan soalan yang paling popular masa tu adalah "apa azam tahun baru ni?".
confirm lah bila ada orang tanya kita kena jawab. tapi kekadang tu kita cam blur jap. "erm..apa azam tahun ni ek?" "eh...tahun lepas punya azam camne?" dan yang lagi best perkataan ni akan jadi famous utk waktu awal dan akhir tahun jek. kalo dah masuk tengah tahun, kebanyakkan memang dah lupa apa azam masing-masing.
apa maksud azam? aku takde kamus untuk buka. maka aku minta bantuan ngan pakcik google. jadi maksud azam adalah kemahuan (keinginan, cita-cita) yang sangat kuat atau tujuan yang sesungguhnya untuk sesuatu. jadi tak heranlah kalo orang tak sebut azam. diorang leh sebut cita-cita dan bagai lagi.
aku tak nak citer banyak sebab sekarang ni aku ngah praktis jaga masa. sebab aku tak nak tergolong dalam orang yang rugi so aku pendekkan entri kali ni.
tak kisahlah bila nak set azam, yang lagi penting adalah perlu ada azam. kalo takde azam gak, memang aku tak tahu nak letak korang kategori mana..!! dan aku anggap korang dah serba tahu pasal azam berazam ni semua. lagi-lagi sekarang ni dah tak lama kita nak masuk tahun baru 2012. persoalannya:
ada buat muhasabah tak untuk azam tahun lepas?
dah tercapat lum azam tahun lepas?
kalo belum, berapa peratus yang tercapai?
tahun depan azam apa pulak?
azam baru atau sambung azam lama?
aaaahhhh...semua yang kat atas tu korang biasa dengar..!! abaikan..!!
benda AZAM ni penting untuk pastikan diri kita menjadi umat yang berkualiti. tanpa AZAM umpama ada pistol tapi tak tahu nak tembak mana. lepas tu kita akan tembak sebarang je. aci asal kena. WEYYY...wake UP..!! set sasaran kita. membazir peluru je nanti.
okeyh..aku nak sambung job aku. tapi ini job untuk hasil tahun depan.
sebelum tu tolong check yang mana satu diri kita:
kerja hari ni untuk makan hari ini
kerja hari ini untuk bayar hutang semalam
kerja hari ini supaya esok masih boleh makan lagi
kerja hari ini untuk dapat hasil bulan depan
kerja hari ini untuk setahun makan
kerja hari ini untuk sesuatu yang tak akan habis untuk makan
kerja hari ini kerana Allah swt
jawapan aku:
sahaja aku bekerja hari ini kerana Allah swt.
No comments:
Post a Comment