i k l a n

Thursday, December 29, 2011

merapu jap

alhamdulillah..syukur tak terkata. correction thesis akhirnya telah siap. sekarang ni tunggu approval dari penyelia dan panel lagi sekali sebelum mendapat kelulusan dari fakulti untuk dijilid and then aku boleh mohon untuk graduate..yeaahh

sekarang ni situasi di kampus:

pelajar diploma: sedang bercuit mid term. aku rasa diorang ngah tido lagi kot masa ni.

pelajar degree: sedang kelam kabut hantar last assignment, laporan projek, study week skg ni, bagi yg tahun akhir skang ni dah mula sesi pembentangan FYP masing-masing.

pelajar master: pelajar master buat apa ek. kalo master by course tgh exam final kot. kl yang research ngah sibuk pulun buat eksperimen sebab sekarang ni student tak ramai kat lab. mungkin ada gak yang tengah pulun buat paper jurnal atau conference dan rasanya tak kurang gak yang sibuk dok mencari bahan rujukan terbaek sebagai literature review.

pelajar phD: pelajar phD masa ni ngah kumpul semua data dari pelajar degree untuk dianalisis lagi sebagai bahan kajian. ada gak yang dok sibuk fokus kat literature dan tak kurang yang fokus kat experimental.

semenjak duamenjak ni beberapa orang lecturer bertaraf Dr dah tanya-tanya samada berminat nak sambung phD. erm..tanya saja or ada maksud lain. anyway...aku masih menunggu tawaran, peluang dan ruang yang menarik dan terbaek sebelum sambung lagi. tak nak jadik cam sambung master itu hari. hampir terkorban kat tengah jalan jugak.

teringat balik persoalan yang dilontar oleh sorang kawan ni. dia tanya "ko nak sambung master atau phD ini atas sebab kemahuan atau keperluan?"

........................................................................

lupakanlah persoalan tu kejap...rilek kan minda.

sekarang ni kan musim akhir tahun. ada mega sale, jualan hujung tahun, harga runtuh dan bagai lagi. dan tak lupa hujung tahun ni gak, makbapak akan sibuk belikan keperluan anak-anak untuk masuk sekolah. aku tengok kat berita itu hari. susah gak jadi makbapak ni. seorang anak je dah berapa ratus habis untuk beli keperluan sekolah. itu baru keperluan sekolah. belum ikut kemahuan anak2 lagi. ada gak anak yang minta nak pakai beg jenama nike ker, tak ke naya..!!!

aku cam terfikir, bersediakah aku untuk saat itu?
apa yang aku boleh buat adalah buat preparation awal iaitu bermula dari sekarang. erm...maksud aku bukannya beli baju, beg dan bagai tu semua sekarang. tapi prepare duit untuk diorang mulai dari sekarang.

andai kata aku nikah tahun 2012. tahun 2013 aku dapat anak. 7 tahun kemudian iaitu tahun 2020 anak aku masuk darjah satu.

andaikan jugak bermula sekarang ni aku simpan duit rm100 untuk bahagian bakal anak aku nanti. jadi pada tahun 2020 iaitu masa akhir tahun 2019 dan masa tu tengah sibuk buat persiapan membeli keperluan anak aku masuk sekolah dan masa tu aku dah ada duit sebanyak rm9600. oklah tu kan...xkan lah anak aku demand lebih-lebih sangat. kalo demand lebih-lebih gak, nnt aku demand balik ngan anak aku untuk dapat tempat pertama dalam sekolah..hahhaha.

rm9600 tu kira disimpan secara biasa. mungkin masuk dalam bank lah. tapi kalo duit tu dilaburkan di unit amanah berlandaskan syariah dengan purata pulangan agihan keuntungan setahun sebanyak 8%. maka duit terkumpul pada akhir tahun 2019 akan jadi sebanyak rm13,310...!!! lebih dari cukup untuk sorang anak. (tak payah nak tunggu duit dari kerajaan rm100 sorang. kalo dapat jugak, aku ajar anak aku sedekahkan kepada mereka yang lebih memerlukan)

jap...dok citer semua tu. calon dah ada ke belum..!!!

erk...aku nak sambung wat keje nih

:P

6 comments:

Alun said...

ehmm masa tu mungkin duit ko dah cukup. tapi cuba bayangkan tetiba dpt kembar...x2 okey tu belum masuk kalau setahun satu anak. takkan nak lepaskan utk beli masa tahun pertama sek... kna juga jimat2 utk sampai ke u.

p/s: muhsein anak ko mst dpt tmpt pertama dlm kelas sbb skrg ni dah xde exam semua berhak dpt tmpt pertama ;p

muhsync said...

thank alun..very informative info. aku masih nak tahu lanjut pasal KSSR tu lagi..ada masa tolong coretkan kat blog ko ye :D

dayangredzuan said...

haha...fikir kehadapan..bgusnye..

muhsync said...

dayang: kalo fikir ke belakang ni biasanya pakar sejarah jek. sebab tu botaknya kat belakang. pakar teknologi ni pulak biasa botak kat depan sebab selalu pikir pasal masa depan..hahha

dayangredzuan said...

hhaha sekarang rase kepala..kalau didnt found any botak area cam mane pulak...adakah die bukan seorang pemikir?

muhsync said...

hahaha...dia fikir dia macho kot

Related Posts with Thumbnails