Alhamdulillah...masih diberi peluang nikmat kehidupan lagi hingga saat ini. seingat aku, dalam tahun 2011 ni ada beberapa kali ditimpa sakit. saat tu rasanya mati tu dekat sangat. maklumlah mati itukan suatu yang pasti. namun kesyukuran itu bukan hanya setakat dibibir mulut. banyak juga perubahan diri yang dilakukan. itulah yang dikatakan sakit itu ujian. senang juga ujian. cuma bagaimana kita menjawab balik setiap soalan ujian tersebut.
2011
Tahun yang disambut dengan banjir di negeri Johor. banyak terlibat dengan sukarelawan membantu di pusat pemindahan banjir sri medan, batu pahat. banyak sangat pengalaman dapat di sana. jumpa orang-orang hebat. hebatnya mereka bukan sebab ada kuasa sakti tapi mereka mampu meninggalkan banyak perkara lain untuk membantu umat yang kesusahan di sini. ada yang datang dengan humble tapi sebenarnya adalah orang yang berpangkat tinggi. kami tidur sama-sama berlapikkan tikar, berbantalkan beg pakaian. tidak lupa, di sini mulanya batuk yang tak hilang sampai sekarang.
lepas banjir, bermula pula pengalaman sebagai pensyarah. erm..pensyarah part time je. kebetulan pusat pengajian diploma kekurangan pensyarah. peluang pertama untuk mengambil pengalaman mengajar. pengalaman ini aku jalinkan dengan kerja-kerja amal dengan umat. bersama pelajar-pelajar turun padang membantu dan beraktiviti di lapangan. sungguh serik, perit tetapi indah itu tetap ada.
Dalam sibuk mengajar, thesis juga telah berjaya disiapkan dan dihantar kepada panel. masa di ambil 8 bulan sebelum proses viva. ini termasuk berlaku pertukaran panel penilai luar yang terpaksa ditukar atas sebab yang tidak dapat dielakkan. dan alhamdulillah proses viva telah pun berjalan dengan jayanya. dan aku berjaya lulus dengan membuat pembetulan. pendek citer, pembetulan pun telah siap dan sekarang tengah tunggu kelulusan dari pihak fakulti untuk dijilid.
sekali lagi diberi peluang untuk jadi pensyarah part time untuk ke sekelian kalinya. kali ni bilangan student dah makin bertambah sebab melibatkan dua kelas. tidak ketinggalan pada masa sama ditawar menjadi pengajar untuk subjek makmal peringkat fakulti. bayaran tak besar tapi pengalaman yang agak besar disitu. untuk pengajaran diploma masih lagi berlangsung sampai bulan april 2012. namun yang bestnya sebab diorang takde final exam. jadi tak perlu kecoh nak sediakan soalan final macam subjek yang sebelum ni.
peristiwa baru yang best adalah dapat terbang ke MIRI. kerja giler di saat duit pun tak berapa cukup, aku boleh terbang ke Miri bersama beberapa orang kawan seperniagaan. kononnya mencari peluang baru di sana. bagi aku ini suatu pengalaman baru untuk aku berkelana ditempat orang. pasni nak pegi tempat lain pulak. selepas pulang dari Miri. aku terus pulang ke kampung halaman tercinta. dan ramadhan tahun 2011 aku dapat berpuasa sebulan penuh dikampung. pengalaman terindah dikala usia dewasa. dengan pengisian kerohanian yang aku rasakan terbaek, ditambah dengan penyucian jiwa serta pergaulan dengan masyarakat setempat menerusi program kembara ramadhan bermotor peringkat daerah.
tahun 2011 juga merupakan tahun yang produktif kerana hasil jualan aku telah meningkat sebanyak 300% dari tahun 2010. ia begitu mengujakan kerana ada penambahbaikkan walaupun target sebenar untuk tahun 2011 masih belum dapat dicapai. kesedihan dan kesusahan memang tidak dapat dielakkan. namun semua tu dianggap sebagai suatu yang positif. pasti ada hikmah disebalik setiap perkara yang berlaku.
segala pencapaian dalam tahun 2011 ini bukanlah suatu yang cukup baek. namun syukur masih ada peningkatan dari tahun yang sebelumnya. Perkara yang perlu difikirkan lagi selepas ini adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan prestasi sebanyak 500% dari hasil 2011.
di akhir tahun 2011 ni. aku nak berkongsi lagi ayat-ayat Allah yang begitu menyentuh jiwa aku dikala membacanya:
Dan di antara manusia ada yang menyembah Allah dipinggir-pinggir (dalam keraguan). Jika dia ditimpa kebajikan tenteramlah hatinya, tetapi jika ditimpa ujian (malapetaka) dia berbalik menjadi kafir. Dia telah rugi di dunia dan diakhirat. itulah kerugian yang nyata (al-hajj | 11)
Dia menyembah selain Allah, benda yang tidak mudharat kepadanya dan benda yang tak manfaat kepadanya. Demikianlah kesesatan yang nyata (al-hajj |12)
Setiap diri (yang berjiwa) mesti merasai mati. kami akan uji kamu dengan kejahatan dan kebajikan sebagai satu ujian; kepada kami kamu akan dikembalikan (al-anbiyaa | 35)
Manusia dijadikan (bersifat) terburu nafsu (hendak cepat). nanti akan kuperlihatkan ayat-ayat (seksaanku) kepadamu, sebab itu, janganlah kamu minta disegerakan (al-anbiyaa | 37)
dan kami letakkan neraca yang adil pada hari kiamat, maka tidaklah dizalimi seseorang sedikitpun. jika usahanya seberat biji sawi, nescaya kami hadirkan juga. cukuplah kami yang menghitungnya (al-anbiyaa | 47)
sekian entri untuk tahun 2011. jika roh masih dikandung badan maka dapatlah blog ni diupdate lagi :D
No comments:
Post a Comment