hye 2012. entri pertama untuk tahun baru.
hari ini bukak mata dengan agak malas sebabnya tak berapa sihat. dari malam tadi lagi tanda-tanda badan tak sihat muncul. so malam tadi minum air suam banyak-banyak. lagi pun rasanya badan kekurangan air. Alhamdulillah, pagi ni agak okey dan masih lagi boleh bangun menunaikan tanggungjawab sesempurna mungkin.
dalam dok bersiap nak keluar rumah, sempat bukak tv tengok rancangan MHI. diorang dok sibuk citer perkara baru terutamanya tentang pelan transformasi kerajaan dan pengumuman bajet 2012 yang banyak memberi manfaat kepada rakyat
bab citer pasal sekolah ni, tetiba fikiran melayang sekejap ke zaman persekolahan. betapa cute mutenya aku masa kecik dulu..ooppss..!! actually aku teringat masa darjah 1 dulu aku bawa duit RM0.20. mak cakap "beli RM0.10 dan baki RM0.10 tu simpan" (of course la ayat tu aku ubah suai dan mak aku bercakap loghat kelate). masa tu darjah satu pada tahun 1991.
masa berganti masa, umur semakin meningkat, dari takde jam dah mula pakai jam, dari tak pandai membeli dah pandai nak beli lebih-lebih, dari takde kawan dah bertambah-tambah kawan....begitulah masa berlalu. dari duit poket RM0.20 bertambah jadi RM0.30 dan RM0.50. naik sekolah menengah duit poket ditambah lagi kepada RM1 dan naik lagi RM2 dan yang terakhir iaitu masa di tingkatan 5, mak bagi RM10 untuk 1 minggu. masa tu aku dah mula belajar urus duit. sebab masa tu gak aku langgan akhbar (akhbar dalam darjah-dapat harga murah berbanding pasaran), duit untuk minyak motor, repair moto kalo ada rosak (dah ada lesen motor jadi bolehlah bawa motor), duit untuk makan petang dan aktiviti. maklumlah masa tu jadi pengawas sekolah. macam-macam aktiviti ada. tapi RM10/week kekadang tu masih juga tak cukup.aaiiisssshhh....
bagaimana pulak dengan menabung?
masa awal-awal kenal duit, memang rajinlah menabung. masa duit poket RM0.20 tu memang setiap hari dapat simpan RM0.10. lagi seposen tu aku beli keropok je waktu rehat. lagi pun kat rumah pagi-pagi dah sarapan yang berat-berat. nanti dah tengahari kat rumah mak dah siap masak. so takde hal sangatlah kalo makan keropok je (
Proses yang berlaku adalah suatu proses naturalisasi yang berlaku dalam kehidupan. kesan inflasi menyebabkan nilai duit kita semakin lama-semakin kecil. apalah agaknya anak-anak kita dapat beli dengan duit RM0.20? tapi bila dilihat secara peratus. aku hanya guna 50% dan 50% lagi disimpan. cuba bayangkan jika ia dapat dikekalkan dari dulu sampai sekarang. itu cerite yang agak ideal barangkali.
tinggalkan cerita yang dulu, kembali ke saat ini.
berapa duit poket kita?
berapa yang kita belanjakan?
berapa pula yang kita tabungkan?
p/s: dulu aku jadi agen pertukaran duit syiling kepada mak aku
p/s: sekarang ni duit poket bulanan aku akan ditolak siap-siap secara automatik ke dalam beberapa tabung tertentu
p/s: jangan lupa juga untuk tabungan akhirat
No comments:
Post a Comment