Kalo ada rambut dalam makanan, ramai orang
jijik. Silap-silap memang ada yang terus tak makan makanan yang ada rambut.
Adakah rambut itu kotor? Tapi pada masa sama rambut merupakan mahkota bagi
sesetengah yang lain terutamannya wanita. Ada juga yang menganggap rambut yang
cantik sebagai aset diri. Bagaimana pula
dengan orang yang takde rambut terutamanya dikalangan kaum lelaki. Maksud di
sini adalah botak bukan rambut gugur. Kekadang tu botak dianggap macho bagi
sesetengah orang. Jadi ada pelbagai jenis tanggapan terhadap rambut dan ia
terpulang kepada tanggapan individu itu sendiri.
Sekarang ni musim persekolahan baru
bermula. Maka dalam tempoh seminggu sebelum sekolah bermula maka kedai-kedai
gunting rambut mulalah penuh sehingga ke luar kedai. Itu senario biasa yang
berlaku setiap kali tiba musim persekolahan bermula.
Dok citer pasal rambut ni, aku pun dok
teringat gak kisah-kisah aku zaman muda remaja dulu. Owh yee..muda remaja sebab
sekarang ni rambut aku dah mula berubah color. Aku dah jumpa sehelai yang
berwarna putih. Tu tanda yang diri dah tak berapa nak muda.
Aku ingat dulu kalo pegi kedai gunting,
biasanya tukang gunting akan gunting ikut style rambut kita sikat. Dan biasanya
diorang akan pendekkan je rambut yang dah panjang. Dalam pada itu ada juga
fesyen rambut pelbagai ikut kemampuan dan kemahiran tukang gunting tu jugak.
Dulu tiba satu ketika ada satu fesyen yang popular iaitu gunting 3-2-1 atau ada
yang guna 4-2-1. Ini fesyen ala-ala tentera. Masa tu memang kecoh sebab
kononnya semua pelajar sekolah perlu guna cara guntingan yang sama. Aku pun
pernah buat gaya ni 2,3 kali. Tapi mak aku kata dia tak suka tengok rambut aku
camtu. Hahahaha.
Aku juga seorang yang suka cuba buat
macam-macam jenis fesyen rambut. Macam-macam yang dicuba. Biasalah jiwa remaja.
Tapi sepanjang ingatan aku, ada dua jenis fesyen yang aku belum buat lagi iaitu
botak (bercukur) dan berambut panjang separas bahu. Aku memang teringin nak
buat dua-dua. Tapi botak tu yang last sekali kot. Yang paling aku nak buat
adalah berambut panjang separas bahu. Benda nih tak pernah jadi sebab setiap
kali rambut ni panjang ada jek mak aku sound. Jadi tak dapat tahan lama.
Aku rasa impian berambut panjang ni agak
susah nak buat. Aku jenis tak suka benda yang serabut. Somtimes aku sendiri
yang pergi potong sebab malas nak urus rambut yang panjang. Kekadang tu bila
terlibat dalam program, memang confirm kena gunting rambut. Sebab dalam program
biasanya aku akan sibuk. Jadi camne nak uruskan rambut yang panjang. Lagi pun
aku rasa imej aku lebih sesuai dengan berambut pendek. Macho gitu...!!!
p/s: aku suka wanita yang berambut panjang
:P
1 comment:
laki botak itu seksi n hot..
auwww
Post a Comment