i k l a n

Sunday, December 18, 2011

rileks jap

melakukan kesalahan itu merupakan perkara biasa dan lumrah sebagai seorang manusia. kekadang tu kita lebih banyak belajar dari kesalahan berbanding belajar di dalam kelas. dan belajar dari kesalahan inilah antara motivasi terhebat berkurun abad seperti mana yang berlaku kepada pencipta mentol pertama yang telah melakukan ujian sehingga beribu kali dan akhirnya terciptalah sebiji mentol. setiap kali melakukan kesalahan, kena perbetulkan dan yang lagi penting jangan ulang kesalahan yang sama..!!

namun begitu jika korang pernah melakukan kesalahan dan korang tidak belajar dari setiap kesalahan tersebut maka korang adalah orang yang bodoh.

namun jika korang terus lagi melakukan kesalahan yang sama untuk kali yang kedua korang memang bodoh.

dan korang terus mengulangi kesalahan sama untuk kali ketiga, "sah korang memang bodoh."

korang buat lagi kesalahan kali keempat, "kau tahu tak kau bodoh, bodoh..!!"

dan korang ulang-ulang dan ulang lagi kesalahan tersebut, "bodoh, sebab kau bodoh dan kau tak tahu ko bodoh"

minta dijauhkan dari semua perkara di atas..!! berhibur, berlawak atau jenaka sekali pun biarlah berpada. jangan sampai termakbul apa yang keluar dari mulut. ingat setiap ucapan dan niat itu adalah doa. maka doalah yang baek-baek.

jom kita tukar ayat di atas.

setiap kali melakukan kesalahan, kena perbetulkan dan yang lagi penting jangan ulang kesalahan yang sama..!! dan setiap kejayaan kecil perlulah diteruskan lagi berulang-ulang supaya akhirnya kita dapat mengumpul banyak kejayaan dalam hidup..!! tidak mengulangi kesalahan yang sama akan mendekatkan diri kita selangkah kepada kejayaan.



namun jika korang pernah melakukan kesalahan dan korang belajar dari setiap kesalahan tersebut maka korang adalah orang yang bijak.


namun jika korang terus lagi melakukan kejayaan yang sama untuk kali yang kedua korang memang bijak.


dan korang terus mengulangi kejayaan sama untuk kali ketiga, "sah korang memang bijak."


korang buat lagi kejayaan kali keempat, "kau tahu tak kau bijak, bijak..!!"


dan korang ulang-ulang dan ulang lagi kejayaan tersebut, "bijak, sebab kau bijak dan kau tahu ko bijak"

hahahaha...enjoy readers!!

1 comment:

Anonymous said...

Aku sedar aku bodoo..
Siapa la aku nak baca entri ni..
Bodonya aku..

muahuahauahuahha...

Hamba Jahil..

Related Posts with Thumbnails