PERINGATAN: ini bukan citer nasi lemak 2.0 yang mamat namewee tu bikin. ini citer pasal nasi lemak yang orang makan-makan punya.
dulu masa kecik-kecik dulu (of course lah dulu kecik), seingat-ingat daya ingatan aku harga nasi lemak adalah RM0.50 sebungkus. kalo dalam loghat kelate dipanggil "samah" = lima posen lah tu..!!
macam bese inflasi akan menyebabkan harga makin meningkat sama dengan peningkatan harga bahan api semasa serta meningkatkan juga bahang api kepanasan dalam hati pengguna atau aku lebih suka guna sebagai rakyat marhaeins.
dari harga RM0.50 naik kepada RM1. boleh lagi tak jumpa yang harga RM1 sekarang ni. paling last aku jumpa tahun lepas tapi dihujung tahun naik RM1.50. kata makcik yang jual nasi lemak "harga telur naik, jadi dia terpaksa naikkan harga nasi lemak sekali". jadi tahun ni harga masih kekal RM1.50 untuk gerai-gerai yang tidak berlesen di tepi jalan.
Nak dijadikan cerita, satu pagi dihujung minggu, aku mencari nasi lemak tapi kebetulan apa ntah hari tu semua gerai tepi jalan yang berdekatan rumah tutup. jadi aku pun pergilah ke kedai makan berdekatan yang buka. seperti yang dihajatkan, aku pun belilah nasi lemak bungkus. SILA BERSEDIA KERANA UNSUR KEJUTAN AKAN MUNCUL. aku pun tanyalah harga. akak tu pun cakap RM3. what RM3..!!! (monolog aku dalam hati..!!)
itulah kali pertama dan terakhir aku ke kedai tersebut..!!
kalo buat analisis, kuantiti nasi, sambal, telur adalah sama je dengan gerai yang tepi jalan. tapi kenapa harganya berganda..!!! yelah..mungkin dia kena bayar sewa kedai kot. xpun....ntah...aku xreti nak reka alasan lain lagi dah.
yang mengherankan aku, kalo kedai kat kampung camni dan tersorok leh kenakan harga setinggi itu camne lah peniaga yang kenakan harga menu 1 malaysia??
pastu aku pun citer la ketiakpuasan hati aku kat housemate. tetiba lak dia cakap, ada satu gerai tepi jalan jual nasi lemak yang best dengan harga RM2..okey nanti len kali aku cuba beli kat situ pulak
p/s: nasi lemak tu hanyalah nasi lemak telur goreng je. takde ayam atau lauk pauk lain ditambah..!!
p/s: sesiapa yang tak cukup dengan sedikit, tak akan puas dengan banyak..!! - majalah solusi
1 comment:
kene la blaja msk nasi lemak sndri. msk lebih leh hntr kat umah pak berahim ujung kg yg ada anak dara cun tu hahaha
Post a Comment