i k l a n

Tuesday, January 17, 2012

buku

dalam seminggu dua ni memang agak banyak urusan yang perlu diselesaikan. semuanya urusan sendiri yang sengaja diadakan bagi menambah ilmu dan menambah kekuatan dalam mendepani cabaran kehidupan yang sementara. 

sebenarnya hati ini begitu tertarik untuk membaca karya Badiuzzaman Said Nudsi bertajuk Risalah An-Nur. aku baru diperkenalkan dengan sedikit kandungan yang begitu menarik minat untuk terus mendalami risalah tersebut. kebanyakkan sumber yang ada dalam bahasa turki kerana Said Nudsi sendiri berasal dari sana. Alhamdulillah dengar cerita biografi tentang Said Nudsi telah siap ditulis dalam bahasa melayu oleh novelis terkenal Abdul Latip Talib. tak sabar nak tunggu karya tersebut dipasaran. InsyaAllah ada masa nanti akan dikongsi betapa menariknya Risalah An-Nur terutamanya kepada pejuang kebangkitan Islam.

buku yang baru je habis dibaca adalah tentang $yiah. Alhamdulillah buku tersebut serba sedikit dapat memberi pencerahan tentang bahayanya golongan tersebut kepada umat islam disebalik kehebatan mereka pada pandangan umum.

Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diadakan-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah pertunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.
surah yusof | 111

No comments:

Related Posts with Thumbnails