i k l a n

Wednesday, January 25, 2012

tabiat orang Malaysia sekarang..!!

sesungguhnya aku tak cukup masa untuk menulis entri-entri baru. tapi masa tetap jugak 24jam. tak pernah lebih dan tak pernah kurang. yang jadi lebih dan kurang tu bergantung kepada bagaimana kita mengurus masa. anyway...arini aku tak menulis tapi aku wat keje budak-budak U selalu buat yakni "copy" n "paste".

topik pasal perbelanjaan. Yaaa..!! rakyat Malaysia dah semakin kaya. itu satu kenyataan yang bagus tapi masalah yang berlaku adalah duit yang diperolehi dibelanjakan di tempat yang tak berapa bagus. secara faktanya boleh baca kenyataan akhbar di bawah: 

sumber : berita harian online




Isi rumah patut amal pembelian berhemah jamin kedudukan kewangan yang baik 

TABIAT berbelanja memang agak sinonim di kalangan rakyat negara ini khususnya apabila menjelang musim perayaan. Iklan jualan murah serta pelbagai potongan harga yang menarik sering kelihatan disiarkan sebagai pelaris sesuatu promosi barangan itu.


Namun, aliran perbelanjaan tidak terhad kepada pembelian barangan saja malahan, sektor perkhidmatan seperti pelancongan dan perhotelan serta automotif juga mendapat manfaat daripada sikap rakyat Malaysia yang suka berbelanja.
Perangkaan seperti Kecenderungan Marginal untuk Kepenggunaan (MPC) iaitu statistik yang mengukur kecenderungan bagi isi rumah berbelanja bagi setiap ringgit kenaikan dalam pendapatan jelas menunjukkan rakyat Malaysia berada dalam kumpulan yang mempunyai kecenderungan tinggi ke arah itu. 

Selain itu, kajian Bank Negara Malaysia menunjukkan pengguna di negara ini telah mengalami perubahan dalam tabiat perbelanjaan dengan perbelanjaan terhadap barang bukan keperluan seperti restoran dan hotel, komunikasi, rekreasi dan kebudayaan telah meningkat berbanding perbelanjaan terhadap keperluan asas. 

Perkara ini di sebabkan peningkatan dalam pendapatan boleh guna serta faktor pengumpulan kekayaan. 

Persoalannya, adakah ini sesuatu yang sihat bagi ekonomi negara? Sebagai negara yang mempunyai sistem ekonomi terbuka, ancaman seperti kelembapan ekonomi dunia akan memberi kesan langsung terhadap prestasi eksport serta sektor pembuatan atau perkilangan. 
Dari sudut perniagaan, kecenderungan untuk berbelanja oleh isi rumah jelas menunjukkan negara mampu menawarkan peluang perniagaan yang baik. 

Kecenderungan berbelanja ini akan memastikan permintaan kekal terhadap barangan atau perkhidmatan yang dikeluarkan. 

Ia sekali gus akan mewujudkan peluang pekerjaan jika pernigaan memilih negara kita sebagai hub pengeluaran mereka. 

Sebagai contoh, rangkaian peruncitan hiper serta jenama kenderaan dari Jepun sudah lama bertapak di negara ini dan pelbagai peluang pekerjaan juga di wujudkan hasil daripada pelaburan asing oleh syarikat ini. 

Namun, tabiat berbelanja seharusnya berlaku secara seimbang supaya tidak menggalakkan pembaziran akibat perbelanjaan yang melebihi had. 

Setiap individu harus mempunyai belanjawan bulanan serta memantau setiap perbelanjaan dikeluarkan supaya tidak dibebani hutang kad kredit berlebihan. 

Selain itu, kadar inflasi tinggi juga akan menyebabkan pendapatan boleh guna individu berkurangan. Kajian Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menunjukkan kenaikan harga barangan menyebabkan pengguna lebih berhati-hati dalam perbelanjaan mereka. 

Perbelanjaan yang berhemah seharusnya menjadi dasar teras bagi sesebuah isi rumah menjamin kedudukan kewangan yang baik. 

Sehubungan itu, kerajaan mengambil langkah bijak memperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang ketujuh iaitu berkaitan usaha memerangi kos kehidupan yang kian meningkat. 

Jika usaha ini dapat dijayakan, sumber pertumbuhan ekonomi seperti perbelanjaan swasta akan dapat diperkukuhkan, sekaligus mampu untuk mengekang ancaman kelembapan ekonomi dunia. 

Penulis ialah penganalisis ekonomi Malaysian Rating Corporation Bhd 


p/s: bila nak beli sesuatu tu cuba pikir samada ia dalam kategori perlu, mahu atau mampu...!!!


p/s: kalo ada duit banyak sangat, sudi-sudilah untuk menyumbang/derma kepada yang memerlukan. harta yang kita perolehi adalah pinjaman dari Allah semata-mata. sebaliknya harta yang didermakan itulah yang menjadi hak milik kita. maka ayuhlah kita convert harta kita menjadi hak milik kita..

No comments:

Related Posts with Thumbnails