orang emo memang tak macho okey..!!
tetiba je mula entri ngan benda yang takde kaitan ngan tajuk.
hari ini aku share sikit info yang tak kurang jugak pentingnya. isu PUKAU. isu pukau ni bukan isu baru pun. dan kebiasaannya pukau ni dilakukan secara berdepan mangsa. tapi yang terbaru aku nak kongsi kali ni adalah berkenaan dengan pukau melalui TELEFON.
sehingga saat ni ada 1 orang member lelaki dan sorang client perempuan yang terkena. dan aku dapat cerita tu live dari mangsa kejadian. mula-mula dengar memang tak caya beb. yelah...camne diorang leh pukau dengan hanya bercakap di telefon. memang ikut akal logik ia jadi tak logik. tapi bila dengar citer diorang memang diorang sendiri tak sedar tentang tindakan yang dibuat. mungkin pemukau telah menggunakan minda bawah sedar mangsa..!!
pemangsa merupakan orang indone$ia. memang bercakap ada pelet indon. pastu mengaku orang besar dalam celcom. macam biasa lah, diorang akan mengatakan bahawa no kita telah terpilih untuk memenangi hadiah wang tunai dengan syarat kita perlu mengikut arahan yang diberikan. jika kita bersetuju untuk mengikut arahan dan DISINILAH bermulanya minda kita dikawal. dari situ arahan selanjutnya adalah bertanya tentang maklumat akaun bank. arahan selanjutnya adalah perlu pergi ke mesin ATM yang berdekatan. di mesin ATM nanti kita akan di arahkan untuk mengikut arahan yang diberi. biasanya diorang akan arahkan untuk buat transaksi pembelian top up maXis bernilai rm200. arahan dibuat secara terus tanpa memutuskan talian. dan jika kita masih lagi belum sedar ia boleh mencecah ribuan ringgit. andainya kita tersedar sebelum transaksi dibuat secara sepenuhnya maka pemangsa ni akan terus membuat panggilan dan cuba untuk berbual dengan kita lagi. pemangsa memang jenis orang yang never give up..!!! (attitude yg bagus gak laaa)
salah sorang mangsa yang terkena pukau ini tersedar bila dia terpandang cermin dan ternampak muka sendiri. selepas tu baru dia berasa pelik kenapa dia berada di mesin ATM tersebut. sorang lagi mangsa adalah seorang guru tersedar bila ada rakan lain yang call sebab guru tersebut sebab masih belum masuk ke sekolah walaupun dah jam 12 tengahari. menggerunkan..!! dan yang lagi best...no phone guru tersebut adalah no yang baru dipakai.
pesanan saya di sini, berhati-hatilah dalam menerima panggilan dari seseorang yang tidak dikenali. jika ada penawaran hadiah atau sebagainya maka teruslah mengelak dari memberi segala maklumat tentang diri kita waima nama kita sekalipun. adalah tidak logik jika diorang memilih kita sebagai pemenang tapi nama kita tidak diketahui. adalah lebih baik untuk tidak melayan panggilan yang berunsur penawaran tersebut. atau tindakan yang kasar dan lebih selamat adalah memutuskan saja panggilan tersebut..!! jika telefon korang jenis yang pintar, block saja no tersebut dari mengacau hidup korang.
p/s: kesian ngan mangsa, pergi wat report polis lepas tu kena marah sebab kononnya terpengaruh dengan tawaran hadiah. tapi mangsa tu kan kena pukau..!!
p/s: selalulah berzikir dan ingat Allah di mana sahaja kita berada sebab Allah akan melindungi kita.
p/s: amalkan amalan untuk elak sihir (jangan amal ayat yang pelik2 pulak). biasanya bacaan ayat qursi pun dah cukup
p/s: nothings for free
1 comment:
uish ye ke? agak menakutkan gak la. last 2 years mmbr umah sewa kena pukau pasal belian barang kt pasar raya. kena dlm 2k++ jugak la.hati2 ngan jurujual luar pasar raya yg jual segala mak nenek pinggan mangkuk mop or what ever ni.bukan sombong but beware. carilah tmpt yg selamat kalo nk beli bnda camtu pn.
Post a Comment