i k l a n

Monday, February 27, 2012

kelas fasi ADTEC


gambar curik ini adalah gambar peserta kursus fasi ADTEC, Batu Pahat. Mereka ini semua adalah anak-anak fasi aku. Kursus fasi ini diadakan secara percuma. gambar ini diambil pada kelas kedua kursus ini berjalan. Kelas pertama dihadiri seramai 9 orang. dan kelas kedua hanya dihadiri seramai 6 orang peserta. Alhamdulillah..mereka adalah insan-insan terpilih dan mereka telah memilih untuk hadir kursus tersebut. walaupun kehadiran peserta adalah sedikit namun ia adalah perkara lumrah untuk kami yang telah menjalankan kursus sebegini di sekitar Batu Pahat dua ,tiga tahun sebelum ini. Pernah satu ketika kursus dijalankan di mana yang hadir hanya seorang. namun kelas tetap diteruskan. Bagi kursus di Adtec, kelas dijalankan 2 kali sebulan. setiap kelas memperuntukkan masa selama antara 1-1jam setengah. Peserta yang hadir ini terdiri dari pelbagai kursus, berlainan negeri dan termasuk seorang peserta berbangsa india. Kelas yang kedua ini, peserta belajar tentang modul kenali diri. secara umumnya konsep untuk kelas fasilitator ini adalah "BERUBAH dan MENGUBAH". InsyaAllah selepas ini mereka akan kami bawa ke program motivasi pelajar sekolah yang telah kami rancang pada bulan mac dan april.

No comments:

Related Posts with Thumbnails