ini antara entri paling lama tertangguh. punya lama nak update tapi tak dapat. ceritanya bermula bila aku check nama aku tersenarai dalam penerima vaucer buku rm200 dari kerajaan malaysia (thank kerajaan kerana bagi benda yang bermanfaat sebegini, patutnya dari dulu lagi dibuat. barulah aku akan jadik lagi pandai dan bijak serta hensem). bagai pucuk dicita, ulam mendatang. umpama mengantok disorong bantal (confirm tido laaa) dengan penuh semangat dan iltizam aku pegi amik vaucer tersebut. tapi yang jadi masalahnya bila vaucer dah ditangan, aku tak sempat pulak nak ke kedai buku. pergh...bukan main banyak keje aku kan. masa berganti masa sampailah bulan februari menjelma. barulah aku sempat ke beberapa buah kedai buku. tapi ada lagi satu masalah yakni aku tak tahu buku apa yang perlu aku beli. ada laa dekat 5 kali aku masuk keluar kedai-kedai buku sekitar untuk survey. dan akhirnya kat bawah ni adalah antara buku yang aku beli guna vaucer tersebut. total RM160++. maksudnya vaucer aku masih ada lagi sekeping balance. dan aku pun bertambah pening, buku apa lagi yang aku akan beli menggunakan vaucer tersebut. anyway..aku tak suka beli alat tulis. dari dulu lagi aku bercita-cita membeli semua buku yang aku minat tapi masa tu duit tak mengizinkan. dulu hanya mampu beli sebulan sebiji buku je. satu lagi masalah, banyak buku yang aku nak dah takde sebabnya stok buku dah banyak habissss...huhu
buku yang ni bukan dibeli tapi dipinjamkan oleh sahabat aku (J-MIE). Jmie thank bagi pinjam. tapi aku tak sempat nak habiskan lagi pembacaan aku ni. aku harap sebelum aku balik kelate nanti aku dapat habiskan untuk dipulangkan kembali.
p/s: aku terfikir, agak-agak semua buku yang aku beli tu bila dapat dihabiskan.
p/s: ada orang nak pinjam buku aku tak? kalo nak kena bagi aku pinjam buku korang gak
p/s: kena tambah lagi rak buku lepas ni
p/s: dengan membaca itu dapat membina idealism, membentuk pemikiran yang lagi berkarisma
No comments:
Post a Comment