Salah siapa?
Apa jua yang berlaku dalam kehidupan,
perkara pertama yang akan difikirkan adalah siapa yang salah? Amatlah jarang
untuk kita memikirkan tentang kesalahan diri sendiri. Biasanya kesedaran
tentang kesalahan diri sendiri ni bila “dah terhantuk, baru terngadah”. Masa
tulah baru rasa macam menjilat ludah sendiri. Erk....
Situasi pertama, situasi cam life aku
sebagai UTC. Ramai UTC yang suka menyalahkan leader atau group jika prestasinya
tidak memberangsangkan. Tapi yang peliknya di bawah leader yang sama dan group
yang sama tetap ada UTC yang prestasinya mantap habis..!! siapa salah?
Situasi kedua. Situasi ni biasa berlaku di
U. Maklumlah semua dah besar panjang dan hebat-hebat belaka sebab tulah boleh
masuk U. Apa yang berlaku biasanya adalah mahasiswa/i akan menyalahkan lecturer
yang tak pandai mengajar menyebabkan mereka tak dapat nak score untuk kursus
tersebut. tapi pada masa sama ada jugak mahasiswa/i lain dalam kuliah yang sama
dapat score. Salah siapa pulak?
Situasi ketiga. Situasi di mana masuk
makan di restoren/kedai makan dan makanan/minuman di situ rasa macam tak sedap.
Tapi pada masa sama kedai tersebut sentiasa penuh dengan orang ramai yang
datang. Siapa salah pulak?
Situasi keempat. Sekumpulan orang (bukan
orang-orang) menyatakan ketidakpuasan hati mereka di tv (tv kerajaan atau
swasta ke tak penting sebab semuanya sama) tentang masalah air yang melanda
negeri mereka sambil mendesak kerajaan negeri bertukar pimpinan. Tapi pada masa
sama negeri lain juga mempunyai masalah air yang sama juga. Tersalah
menyalahkan siapa?
Situasi kelima. Sembahyang dah cukup 5
kali sehari, zakat fitrah dah bayar, puasa ramadhan pun cukup sebulan, isteri
dan anak cukup-cukup nafkahnya tapi orang yang tak solat, tak bayar zakat,
puasa pun tak pernah, anak isteri hidup bermewah, kereta mewah dua tiga biji,
rumah banglo tahap istana negara...nak salahkan siapa jugak ker?
p/s: hiduplah secara bersederhana
p/s: sentiasalah bersyukur dengan apa yang
kita perolehi. Apa yang patut kita fokus adalah kepada usaha, hasilnya adalah
ganjaran dari Allah swt. Jadi apa yang allah kurniakan tu kita terima dengan
syukur
p/s: kita solat 5 kali sehari, bayar zakat
fitrah dan pendapatan, puasa ramadhan dan puasa sunat dan sebagainya lagi amal
kebajikan sebab nak dapat rezeki yang banyak atau kerana Allah...?????????
p/s: setiap apa yang berlaku, muhasabahkan
diri sendiri dulu. Perbetulkan diri insyaAllah semua perkara lain akan betul.
For things to change, i must change first (spirit Awareness Before Change)
p/s: aku tetiba teringat perbualan aku
dengan Shukri (pelajar Syria dia UIA) semasa dalam perjalanan menuju ke Kluang
untuk taklimat SAVE SYRIA. Dia cakap “pastikan
orang yang baik memegang jawatan atau menjadi pemimpin, jangan biarkan orang
yang tak baik (bad person) yang mengambilnya kerana mereka boleh merosakkan
semua sekali dalam sekelip mata” katanya lagi “bagi orang yang tak baik, mereka tiada had (limit) untuk membuat
kerosakan. Bagi orang yang baik, mereka mempunyai sempadan dan sempadan mereka
ditentukan oleh agama dan sifat kemanusiaan”
No comments:
Post a Comment