Save SYRIA
Siapa kita untuk menyelamatkan Syria?
Apa kekuatan kita untuk menjadi
penyelamat?
Superman kah?
Apa pula kaitan kita dengan negara
tersebut?
Entri ini ditulis selepas terlibat secara
langsung dengan satu kempen SAVE SYRIA yang diadakan di Kluang tempoh hari.
Kempen ini dianjurkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama dengan
pelajar-pelajar Syria di Malaysia. Secara jujurnya aku memang tak amik port
sangat pun pasal isu ini sebab aku ingatkan ini hanyalah fenomena Arab Spring
yang kononnya telah berjangkit ke sana. Tapi bila aku sendiri berjumpa dengan
pelajar Syria dan mendengar sendiri penerangan tentang apa yang berlaku di sana
cukup memberi kesan dan menyentuh hati dan sanubari. Rasa cukup bersalah sangat
dengan sikap tidak ambil tahu.
Atas dasar kesedaran itu aku mengambil
inisiatif untuk berkongsi info berkenaan dengan apa yang telah berlaku di sana
dan kenapa perlunya kita sama-sama terlibat dalam kempen ini.
Syria
Sebuah negara di Asia Barat yang
bersempadan dengan Labenon dan laut mediternean di sebelah barat, Turki di
sebelah utara, Iraq di sebelah timur, Jordan di sebelah selatan dan Israel di
sebelah tenggara. Nama negara rasmi adalah Syria namun dalam bahasa arab ia
lebih dikenali dengan Sham. Aku pasti nama Sham ni begitu sinonim dengan
masyarakat islam sebab banyak sirah atau kisah nabi Muhammad SAW ada kaitan
dengan dengan negara tersebut. Dan yang lagi menyerlah nama negeri Sham ini
disebut dalam beberapa hadis (perkongsian tentang hadis negeri Sham akan
dikongsi di akhir entri ini).
Populasi penduduk pula terdiri daripada
74% islam sunni, 12% syiah Alawi, 9% kristian dan 3% Druze. Berdasarkan populasi tersebut
majoriti penduduk Syria adalah 90% Arab muslim. Sebuah negara Republik tapi
lebih kepada pemerintahan diktator. Presiden negara sekarang ini adalah Bashar
Al-Assad merupakan penganut syiah Alawi. Menurut satu sumber, syiah Alawi ini
adalah syiah yang paling sesat dan tersesat sehingga mentuhankan Ali. Apa yang
lebih teruk lagi golongan Alawi ini telah mendominasi pemerintahan kerajaan
Syria dan memegang kunci pemerintahan tentera juga. Jika merujuk kepada
Suruhanjaya hak asasi manusia, negara ini adalah terburuk dari segi kebebasan
hak asasi manusia.
Pergolakan dalaman
Apa yang berlaku di sana sebenarnya adalah
krisis penentangan rakyat terhadap tampok kepimpinan negara yang diterajui oleh
Bashar Al-Assad yang terlalu mengongkong rakyat. Rakyat yang mahukan kebebasan
diberikan semula dengan bertindak mendesak kerajaan. Namun kaedah menangani
desakan tersebut adalah diluar batas kemanusiaan bilamana mereka yang ditangkap
akan diseksa dan tidak terkecuali berlaku kepada kanak-kanak. Ada yang yang
ditangkap dan tidak kembali semula. Rakyat mula marah dan meletuslah pergolakan
rakyat dan kerajaan. Namun dek pemerintahan tentera berada di bawah kuasa
kerajaan maka mereka menggunakan tindakan ketenteraan terhadap rakyat sendiri.
Apa yang berlaku lebih teruk lagi bilamana pihak tentera menggunakan aset
ketenteraan mereka mengebom masjid-masjid yang dikuasai oleh pihak sunni.
Rakyat ditembak sewenang-wenangnya dijalan raya (sila rujuk video di youtube).
Taklimat SAVE SYRIA
Taklimat yang diadakan di MAK, Kluang yang
kami uruskan dan dihadiri oleh pelajar sekolah tersebut. Taklimat dimulai
dengan solat maghrib berjemaah. Kemudiaan taklimat keadaan sebenar Syria
disampaikan oleh rakyat Syria iaitu saudara Shukri (pelajar Phd Kejuruteraan
Mekanikal di UIAM). Taklimat diselangseli dengan tayangan slide gambar dan
video situasi sebenar di sana. Melihat semua tu sangat-sangat menyentuh hati
para hadirin. Ada satu petikan kata-kata Shukri yang masih terpahat di minda ku
“siapa yang menyelamatkan orang syahid,
maka dia akan turut syahid bersama” (disusuli dengan satu video seorang
hamba Allah yang cuba mengangkat sekujur mayat ditepi jalan dengan tiba-tiba
ditembak dan hamba Allah tersebut turut terkujur kaku di situ
juga...innalillah). Sesungguhnya orang yang syahid itu sentiasa hidup di sisi
Allah swt. Allahuakbar..!! (sesungguhnya aku juga ingin syahid)
Kaitan dengan kita
Sesungguhnya isu ini sangat berkaitan
dengan kita khususnya orang islam. Sebab ikatan kita dengan mereka di sana
lebih kukuh dari ikatan perkahwinan, lebih jelas dari ikatan keturunan kerana
ikatan kita dengan mereka adalah ikatan seakidah. Wajib untuk kita membantu
saudara seakidah kita yang dalam keadaan kesusahan malah telah dianiaya itu.
Namun jika ia masih lagi tidak terasa di hati saudara/i, cubalah rasa ikatan
kita adalah ikatan kemanusiaan. Apakah kita suka manusia dilayan seperti
binatang? Sudah tentu sekali tidak. Maka isu ini bukan hanya sekadar isu agama
dan ia bukan isu agama. Tapi ia isu kemanusiaan. Manusia seharusnya dilayan
secara manusia..!!
Bantuan
Jika dilihat kekuatan diri memanglah tidak
mampu untuk kita membantu. Apa yang dapat dilakukan adalah pihak ABIM telah
cuba berusaha membawa isu ini kepada peringkat pimpinan kerajaan malaysia dan
pimpinan pakatan pembangkang untuk sama-sama mengutuk isu ini di parlimen. Memohon
juga untuk kerajaan menghantar desakan kepada Bashar Al-Assad untuk
menghentikan penganiayaan tersebut sebelum berlakunya campur tangan asing
seperti apa yang telah berlaku kepada regim Muammar Ghadafi.
Kita sebagai rakyat biasa pula boleh
membantu dengan menghulurkan bantuan kewangan kepada tabung SAVE SYRIA yang
digerakkan oleh ABIM melalui agensi bantuan kemanusiaannya Global Peace Mission
(GPM) yang akan menggerakkan usaha-usaha bantuan kemanusiaan di sana nanti.
Akaun atas nama : Global Peace Mission
No akaun : 14023010029224 (Bank Islam
Malaysia Berhad)
Khusus untuk kita yang beragama islam
pula, sama-samalah kita menggunakan senjata muslim yang paling ampuh yakni
dengan sama-sama berdoa agar saudara-saudara kita di sana selamat dan
diselamatkan dari penganiayaan orang-orang yang zalim.
p/s: tengah mengusahakan untuk mengadakan
beberapa kempen SAVE SYRIA di Johor (Batu Pahat)
p/s: sama-sama like facebook SAVE SYRIA
sebagai tanda sokongan dan untuk mendapatkan maklumat terkini tentang keadaan
di sana https://www.facebook.com/savesyriamy?ref=ts
atau http://savesyria.wordpress.com
p/s:
kelebihan Syria di bawah ni di copy n paste dari blog orang. Tapi link nyer
telah hilang…adoii. Kelemahan diri ku…
gambar: Sdr Jufitri Joha (Naib Presiden Antarabangsa), Shukri (Pelajar Syria di UIA) dan Shah (GPM)
KELEBIHAN SYRIA / DAMSYIK (SYAM)
Syam adalah tempat tumpuan para nabi.
Diriwayatkan daripada Saidina Abdullah bin Salam radiyallahu anhu bahawa bumi Syam adalah tempat di mana terletaknya persemadian 1,700 orang nabi sementara Makhul berpendapat terdapat sebanyak 500 makam para nabi di Damsyik sahaja!
Firman Allah Taala di dalam surah at Tin:
"Demi buah tin dan zaitun. Dan demi Gunung Sinai."
(surah at Tin ayat 1 dan 2)
Qatadah dan Hassan al Basri mengatakan bahawa:
"Buah Tin adalah sebuah bukit yang terletak di Damsyik (Jabal Qasiyun) dan buah zaitun adalah sebuah bukit yang terletak di Baitul Maqdis."
Baginda sollallahu alaihi wa sallam bersabda:
"Kenabian diwarisi kepadaku daripada tiga tempat: Mekah, Madinah dan Syam. Apabila kenabian telah dibawa keluar daripadanya maka ia tidak akan pulang kembali ke situ lagi."
Baginda sollallahu alaihi wa sallam bersabda: " Api yang besar akan muncul dari arah Hadramaut atau dari arah laut Hadramaut sebelum hari kiamat yang akhirnya mengakibatkan perpindahan beramai-ramai penduduk." Mereka bertanya, "Wahai Rasulullah! Apa yang kamu arahkan kepada kamu pada waktu tersebut?" Baginda bersabda: " Kamu mesti berpindah ke Syam."
Saidina Abdullah ibn 'Amr ibn As berkata: " Satu masa akan tiba apabila manusia akan menyaksikan bahawa tiada lagi orang yang beriman tinggal di atas bumi kecualinya semuanya berpindah ke Syam."
Saidina Kaa'b bin al Ahbar apabila ditanya oleh Ibn Abbas berkenaan sifat Nabi Muhammad di dalam kitab Taurat berkata: "Sifat Nabi Muhammad sollallahu alaihi wa sallam yang ditunjukkan di dalam Taurat adalah seperti berikut: " Muhammad adalah hambaKu yang terpilih. Ia tidak bersikap kasar dan kejam. Ia tidak suka membuat riuh di dalam pasar dan tidak akan membalas kesalahan dengan kesalahan, tetapi memaafkan kesalahan tersebut. Tempat kelahirannya adalah di Mekah, tempat hijrahnya adalah di Madinah dan kerajaannya di Syam.
Diriwayatkan oleh Abdul Razzak, Thabari, Wahidi, Ibn Asakir dan lain-lain lagi.
Kesemuanya merupakan simbolik buat tempat yang ada kaitan dengan tiga orang nabi iaitu Nabi Ibrahim, Nabi Isa dan Nabi Musa alaihimus salam.
Menurut Maulana Sheikh terdapat sebanyak 40 000 makam para nabi, para sahabat dan solihin yang terletak di bumi Damsyik.
Syam adalah tempat tumpuan para nabi, para sahabat dan awliya.
Diriwayatkan daripada Saidina Abdullah bin Salam r.a. bahawa bumi Syam adalah tempat di mana terletaknya persemadian 1,700 orang nabi sementara Makhul berpendapat terdapat sebanyak 500 makam para nabi di Damsyik

Dari Abdullah ibn Hawalah r.a. mengatakan bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Allah Taala telah memberi jaminan kepadaku tentang keselamatan bumi Syam dan penduduknya."
Hadis masyhur ini diriwayat oleh Abu Daud dan Ahmad dengan sanad hadis yang sahih.
Baginda nabi s.a.w. bersabda:
"Kenabian diwarisi kepadaku daripada tiga tempat: Mekah, Madinah dan Syam. Apabila kenabian telah dibawa keluar daripadanya maka ia tidak akan pulang kembali ke situ lagi."
Daripada Ibnu Abbas r.a. pula di dalam menafsirkan firman Allah Taala, mafhumnya:
"Kami jadikan Nabi Isa Ibni Maryam serta ibunya sebagai satu tanda (mukjizat); Kami jualah yang telah menempatkan kedua-duanya (Nabi Isa dan Sayyidah Maryam) di tanah yang tinggi, tempat tinggal yang mempunyai tanaman dan mata air yang mengalir."
(Q:24:50)
Beliau telah menafsirkan bahawa tempat tersebut adalah Damsyik.
Daripada Saidina Zaid bin Tsabit r.a. bahawa Rasullullah s.a.w. telah bersabda:
“Berbahagialah penduduk Syam”. Tatkala itu terdapat sahabat r.a. yang bertanya: “Kenapa begitu ya Rasulallah?”
Baginda s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya para malaikat rahmat menghamparkan sayap ke atasnya”.
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Tarmidzi.
Saidina Abdullah ibn 'Amr ibn ‘As r.a. berkata:
"Satu masa akan tiba, apabila manusia menyaksikan bahawa tiada lagi orang yang beriman tinggal di atas bumi kecuali semuanya berpindah ke Syam."
Daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa sesungguhnya ada seorang lelaki telah datang menemui Rasullullah s.a.w. Beliau menyatakan yang dia ingin merantau, tatkala itu Rasullullah s.a.w bersabda kepadanya:
“Menetaplah kamu di bumi Syam, sesungguhnya Allah s.w.t. memberi jaminan kepadaku bagi bumi Syam dan ahlinya.”
Al Hafiz Abu Abdullah Muhammad bin Abdul Wahid al Maqdisi di dalam kitabnya yang bertajuk Fadhail Syam mengenengahkan beberapa hadis mengenai perbahasan ini.
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Tirmidzi, daripada Ibnu Umar r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. bersabda:
“Ya Allah ya Tuhan kami berkatilah pada kami negeri Syam dan Yaman.”
Hadis ini diriwayatkan oleh al Hafiz Abu Nua’im. Abu Idris al Khaulani mengatakan:
“Sesiapa yang dijamin oleh Allah dengannya (Syam), nescaya tidak akan dibinasakan dirinya.
Hadis ini Masyhur lagi sahih

No comments:
Post a Comment