CARA MELIHAT
apa yang dimaksudkan dengan cara kita melihat bukanlah sekadar melihat dengan dua biji mata tapi ia lebih menjurus
kaedah darab
1 x 9 = 9
tapi 9 x 1 = 9 jugak
tapi ada yang cakap 3 x 3 = 9
eh kalo 1 x 3 x 3 = 9 jugak laa
and bla bla bla bla..............
semua jawapan tu betul tapi yang dibezakan adalah kaedah darab mana yang digunakan untuk mendapat jawapan 9. bagi yang mempunyai perspekstif yang simple akan terus menggunakan kaedah yang mudah dan ringkas. tapi kita kena ingat juga, ada yang tidak dapat melihat seperti mana kita melihat. maksudnya orang tu tak dapat melihat jawapan 9 menggunakan kaedah darab. dia melihat 9 ni hanya diperolehi dengan cara menambah 1+1+1+1+1+1+1+1+1=9.
jadi orang tu bodohlah sebab tak tahu kaedah darab?
ohh..tidak sama sekali. dia bukan bodoh tapi dia hanya tahu kaedah tambah sahaja. mungkin dia belum belajar lagi kaedah darab.
PERSPEKTIF
perspektif atau cara kita melihat atau cara kita berfikir tentang sesuatu perkara ini sangat dipengaruhi dengan pengalaman, pembelajaran, pergaulan dan persekitaran kita sebelum ini. semua perkara itulah yang mempengaruhi tindak balas kita dalam memberi jawapan dan penyelesaian.
sesungguhnya perspektif setiap individu adalah berbeza sebab pengalaman hidup, kaedah pembesaran, pembelajaran dan lingkungan masa semua nya berbeza antara satu sama lain. jadi bila wujudnya perbezaan pendapat dan pandangan maka kita perlu menyambut baik perkara itu sebabnya telah wujud kepelbagaian perspektif yang dapat menambah baik segala keputusan nanti. jadi sekali lagi janganlah hairan kalo wujud orang yang tak sama pendapat dan pandangan dengan kita. dan jangan juga pelik kalo ada orang yang mempunyai pendapat yang sama dengan kita. semua ni sunnatullah
LAIN-LAIN
kalo citer bab perspektif ni kaedah yang paling mudah adalah menggunakan objek. sudut penglihatan kita terhadap sesuatu objek tu sangat mempengaruhi penilaian kita terhadap objek tersebut. jadi bila kita melihat sesuatu objek atau produk janganlah sekadar melihat dari jauh. cubalah untuk melihat dari pelbagai sudut yang lain (pelbagaikan perspektif). atau kalo nak beli produk tu cubalah untuk belek dan melihat dari pelbagai sudut. barulah puas hati.
kelainan pandangan ini sangat bagus dan berguna jika kita pandai memanfaatkan. jangan tak tahu, kekadang idea dari orang yang kita anggap bodoh itu, jika dilaksanakan itulah yang paling membawa hasil.
PESANAN PENAJA
p/s: teringat movie "aku tak bodoh". cerita yang penuh masej tersirat
p/s: bodoh tak bodoh, yang penting kita cukup mulia di sisi Allah swt
p/s: sebenarnya ada orang bodoh kat dunia ni, mereka adalah orang yang melihat, menikmati, merasai segala nikmat kurniaan Allah swt namun tak reti nak bersyukur dan tak merasai kekuasaan Allah melalui kejadian alam ini
p/s: jangan fikir kita bodoh selagi takde orang yang mengiktiraf kita bodoh. dan once kita cakap kita bodoh, kita telah menjemput segala kebodohan hadir dalam hidup kita. bila ia hadir maka bodohlah kita dengan kebodohan kita sendiri. (law of attraction).
p/s: apa yang kita cakap tu kan doa. adakah patut kita mendoakan diri kita begitu tanpa kita sedar..!!
p/s: banyak entri yang dalam pembikinan, antaranya entri berkenaan aplikasi solat dengan kehidupan dan save syria. memang tengah mencari masa di celah-celah masa yang lain untuk menyiapkan.
2 comments:
dont worry..ur stdnt design engineering was reading this post..=='
ahaa...hope u absolutely understand this topic :D
Post a Comment