jangan tunggu kaya baru nak sedekah, sedekah dulu barulah nikmati kekayaan
dua perkara utama yang saling berkaitan tapi sekali imbas secara fikiran sedar memang tak logik. ye lah camne nak logik kalo bagi sedekah tu maknanya duit akan keluar. so camne duit tu nak kumpul dan bertambah..!! erm..aku pun tak reti nak jawab persoalan ni. tapi apa yang aku mampu cakap adalah keyakinan kita dengan janji Allah swt tentang balasan terbaek untuk orang yang bersedekah.
alaa...orang putis pn ada cakap "what u give, u'll get back".
tapi untuk orang berada, diorang menggunakan kedua-dua konsep di atas iaitu menyimpan duit dan banyakkan bersedekah. bagi mereka dalam setiap duit atau rezeki yang diberikan Allah ada hak makhluk lain juga dalamnya. jadi mengapa tidak kita kongsikan bersama.
selain itu ada yang mengamalkan konsep yang kedua
what u give, u'll get back
the more u give, the more u get
the more u get, the more u give back
konsep ini sebenarnya lebih kepada konsep sedekah dan balasan yang diperolehi apabila bersedekah. banyakkan memberi daripada menerima. bak kata ahli bijak pandai "tangan yang di atas itu lebih mulia dari yang di bawah". tahap orang mulia ini bukan sebarangan orang. orang yang mulialah yang kaya dengan bermacam benda. bukan setakat harta malah ilmunya juga menggunung tinggi. tapi biasanya orang yang mulia ni kekayaan dia memang tak nampak. hidupnya penuh kesederhanaan. mungkin yang dikejar bukan pandangan manusia tapi pandangan Allah swt.
orang yang kaya adalah orang yang banyak memberi
orang yang banyak memberi adalah orang kaya (ayat yang diterbalikkan). memang confirm orang yang banyak memberi adalah orang kaya. sebab dia kayalah dia banyak memberi. dia mungkin kaya dengan harta, jadi dia kongsi harta. mungkin kaya dengan ilmu, maka dia kongsi ilmu. ada juga yang kaya dengan masa, maka dikongsikan masa yang ada bersama.
orang-orang yang jenis suka SIMPAN, SEDEKAH dan MEMBERI adalah orang yang kaya
No comments:
Post a Comment