i k l a n

Tuesday, March 13, 2012

Bersama penagih edisi kedua: cuba jangan cuba




Alhamdulillah sekali lagi diberi kesempatan oleh Allah swt untuk bersama warga bekas penagih. Tetiba malam tu aku kena lead pulak. Memang tak teratur lah sebabnya memang tak prepare apa-apa pun untuk sesi malam tu. Orang yang sepatutnya mengetuai aktiviti malam tu pulak tak dapat datang sebab kereta rosak. Nak pegi amik jauh sangat. Jadi aku cubalah sedaya upaya dengan sedikit bantuan dari rakan-rakan yang lain.

Kali ini aku bawa bersama junior masa belajar dulu. Sorang dah habis belajar dan sorang lagi masih lagi tersangkut kat tahun 4. Dengar citer budak ni pandai, spm dapat 10A tapi belajar kat sini asyik sangkut jek. Budaknya boleh tahan pendiam. Tanya sepatah jawab setengah patah..hahaha

Jadi disebabkan aku tidak sedia apa-apa bahan, maka sesi malam tu diteruskan dengan sesi perkongsian tentang erti kehidupan. Bapak bosan giler tajuk tu. Aku pun tak sanggup nak dengar. Tapi aku dengar jugak sebab aku kan ada kat situ. Aku nak share persoalan dari budak junior yang aku bawak tu.

Apa yang syok sangat ambil benda tu? Apa sebenarnya yang dirasa? Adakah diorang amik benda tu sebab rasa syok sangat?

Persoalan tersebut disambut secara spontan oleh salah sorang brother situ...

Isu menagih ni bukan isu syok, bukan jugak isu rakan sebaya tapi lebih kepada kehendak diri yang nak mencuba. Mula-mula memang tujuan adalah untuk cuba. Nak tahu rasanya camne. Pastu bila dah kena se”das” terus taubat tak nak amik lagi. Nanti esok cuba lagi tapi dengan kurangkan sikit dos dari semalam. Kononnya semalam terlebih dos. Dan benda tu berulang-ulang. Dalam isu syok memang takde pun sebab lepas kesan dos benda tu hilang badan akan sakit. Masa tengah high tu pun bukan leh pikir sedap tak sedap pun.

Beza penagih dulu dan sekarang

Orang dulu amik dadah atau minum air daun ketum tujuan untuk bekerja. Supaya badan jadi kuat dan boleh sara anak bini. Tapi orang sekarang ni hisap dadah untuk jadi hamba dadah. Mana tidaknya, dadah tu bukan lagi yang organik tapi lebih banyak yang sintetik. Dah la dadah sintetik pastu dibuat eksperimen sendiri dengan mencampur dengan bahan-bahan lain lagi. Apa tujuan tu semua? Semuanya bermula dengan mahu mencuba..!!

Secara spontan aku terfikir yang diorang ni mempunyai sifat yang baik yakni SUKA MENCUBA. Cuma yang tak bagusnya diorang mencuba benda yang tak sepatutnya diorang cuba. Kan bagus kalo sikap dan sifat itu dapat kita guna dalam kehidupan kita seharian. Contohnya kita suka mencuba untuk menjawab semua soalan latihan dalam buku. Suka mencuba untuk berniaga dan cuba untuk bersaing dengan usahawan-usahawan lain yang dah berjaya. Alangkah lagi bagusnya untuk kita suka mencuba mendekatkan diri kepada Allah sedekat mungkin. Menurut satu hadis ni “Aku adalah mengikut persangkaan hambaku. Bila hambaku menuju sejengkal, Aku menghampiri sedepa...”.

Cubalah untuk apa saja asalkan ia ke arah kebaikan.
Kenapa kebaikan?
Baca maksud dari ayat 7 surah Al-Isra’
“Jika kamu melakukan kebaikan, kamu melakukan kebaikan untuk diri kamu, jika kamu melakukan kejahatan, kamu lakukan menentang diri kamu sendiri”.

Kenapa menentang diri sendiri?
Sebab fitrah kejadian manusia adalah kebaikan.

wallahualam

No comments:

Related Posts with Thumbnails