i k l a n

Tuesday, March 13, 2012

Semua nak cepat



Istilah lain adalah ekspress. Ekspress ni biasanya merujuk kepada bas ekspress, kaunter ekspress, pos ekspress dan semua yang guna ekspress ni memang jenis cepat. Termasuklah syarikat Bas Cepat. Hari ini semua benda nak cepat dan pantas. Bukan saja barang-barang tapi sekarang ni manusia juga perlu bergerak pantas. Maklumat juga tidak ketinggalan perlu pantas. Kalo pergi ke kawasan bandaraya kereta dan motor semuanya laju. Kalo perlahan pun sebab tersekat traffic jam.

Disebabkan semua nak pantas, ada tak kesempatan untuk kita menghayati sesuatu yang kita buat? Contohnya, kita bawa kete laju-laju. Ada tak kesempatan untuk kita menghayati keindahan alam di kiri dan kanan jalan? Sudah tentu tidak. Sudah tentu fokus kita pada pemanduan semata-mata. Itu pun dalam kepala dah terfikir pasal kerja dan segala bagai urusan. Kekadang tu buka radio pun tak perasan apa yang dibebelkan oleh DJ.

Dalam menuju ke arah kepantasan maksima ni, kalo boleh kita nak:

Hari ni daftar diri sebagai pelajar U, esok terus graduate
Hari ni belajar, esok terus jadi pandai
Hari ni mula berniaga, esok terus kaya
Hari ini mula kerja, esok terus jadi boss
Hari ini tanam pokok, esok terus keluar buah

Semua tu tak logik untuk kita perolehi secara pantas. Ia memerlukan proses. Proses itulah yang akan membentuk diri kita.

Dalam mengejar kepantasan tu, ada yang TAK patut kita pantaskan. Perkara itu adalah SOLAT. Solat yang dipantaskan sudah tentu kita tidak dapat menghayati solat tersebut. ingat..banyak perkara negatif yang berlaku hari ini seperti rasuah, penceraian, penagihan dadah, mencuri, penipuan, dan segala bagai tu puncanya adalah dari solat. Penghayatan kepada solat dapat mencegah kita dari melakukan kemungkaran. Bagaimana mungkin tangan yang mengangkat takbir sambil memuji kebesaran Allah dapat mengambil rasuah? Semuanya berpunca dari tiadanya penghayatan kepada solat. 

Solat itu bukan sekadar tahu rukun perbuatan dan perkataan tapi seboleh mungkin memahami makna sebutan dalam solat. Bila sudah faham, cubalah untuk merasai dan nikmati kebesaran Allah dalam solat. Saat tangan mengangkat takbir, saat melafazkan ayat-ayat cintaNya. Saat sujud memuji keagunganNya dan saat dahi menyentuh bumi sambil memuji ketinggianNya. Semua tu kita tak akan dapat jika kita masih lagi nak pantas menyudahkan solat. 

No comments:

Related Posts with Thumbnails