i k l a n

Monday, March 12, 2012

green M solution

tanggal 7 mac 2012
sebuah lagi syarikat ditubuhkan
syarikat milikan tunggal (of course ler syarikat milik aku..!!)
insyaAllah bakal memberi pulangan yang diharapkan
syarikat yang memberi perkhidmatan pembekalan untuk semua keperluan

green M solution
asal-asal masa register nak letak green solution. tapi nama tu dah ada orang guna. tetiba mamat kat SSM tu bagi idea untuk tambah M kat tengah-tengah. aku pun setuju je lah. dan akhirnya tertubuhlah syarikat ni dengan nama "green M solution".

M
aku pun tertanya-tanya apa pula maksud huruf M kat tengah-tengah tu? member aku cakap M for Malaysia. wah menarik jugak kan :D selain tu jugak leh rujuk kepada nama aku "Muhsync". tapi perkataan paling sesuai untuk M adalah "Medicine". lagi pun logo pn dah macam ubat tablet. ataupun M leh jugak merujuk kepada Mechanical (aku kan graduate mechanical engineering).

Syarikat pertama
first time dulu buat syarikat perkongsian dengan 5 orang sahabat dan dinamakan sebagai SMARTER MANAGEMENT. masa tu dapat projek besar kot. supply komputer untuk semua sekolah di negeri Johor. tapi bukan rezeki kami sebab keputusan pilihanraya 2008 agak worst untuk pihak kerajaan. maka projek tersebut tidak dapat diteruskan. Namun dari syarikat itu banyak yang aku belajar tentang perniagaan. berlaku juga tragedi pertukaran rakan kongsi dll. itu semua pengalaman. dan lately aku dah tak berminat untuk menggunakan nama company ni lagi sebabnya aku sorang saja yang aktif. so rasa macam tak best lah wat keje sorang-sorang ni. lagi pun rakan-rakan yang lain pun buat tak tahu je. hinggakan lesen perniagaan dah tamat bertahun-tahun pun takde sapa yang amik peduli.

syarikat kedua
WinningWealth Consultant. syarikat perkongsian dengan sorang lagi rakan. actually aku sebagai co principal je dalam company tersebut. syarikat ni fokus sebagai agensi perancangan dan pengurusan kewangan. masih lagi aktif hingga sekarang.

sekarang ni GREEN M SOLUTION, harapkan syarikat ni akan dapat memberi solusi kepada segala keperluan dan kemahuan masyarakat.

mohon doa kalian untuk aku dan syarikat dapat projek-projek yang kami masuk :D

1 comment:

Anonymous said...

Ameenn..

M for suparMan.
ala-ala lone ranger arr gak..

GoodLuck.

Related Posts with Thumbnails