i k l a n

Wednesday, March 28, 2012

pusat kebajikan

apahal semenjak duamenjak ni entri pasal kawen?
ke dah sampai seru..!!

aku pun tak tahu, dah benda tu yang nak keluar dari kepala ni.

okeylah...ari ni aku dah tak citer pasal kawen lagi

tapi aku nak citer pasal apa ek..? erhmm..

citer pasal status dan aktiviti terkini
sekarang ni tengah siapkan proposal untuk menubuhkan pusat tuisyen dan kelas mengaji quran secara PERCUMA. korang.. kalo dengar percuma mesti besar jek bijik mata. pusat tuisyen n kelas mengaji quran ini khusus untuk golongan remaja dan anak-anak orang yang tak berkemampuan. tempat dah dapat. sebuah rumah yang telah diwakafkan. cuma sekarang ni tengah pikir pasal pengajar yang sanggup menginfaqkan masa untuk bersama-sama menjadikan projek ni sebuah realiti.

kenapa percuma
asalnya memang projek ni nak dibuat secara berbayar. tapi bilamana memikirkan tempat yang aku dapat ni adalah secara percuma jugak jadi adalah lebih baik tempat ini dijadikan sebagai tempat untuk kebajikan masyarakat setempat terutamanya golongan yang tak berkemampuan. contoh kumpulan fokus adalah anak-anak yatim, anak-anak kepada ibu tunggal, anak-anak dari keluarga berpendapatan rendah dll. namun begitu, pada masa sama aku tengah mencari sponsor dan sumbangan serta dermawan dari sekitar daerah ini untuk memberi sumbangan bagi membiayai kos letrik, air dan peningkatan prasarana bilik belajar.

kelainan
pusat tuisyen ini tidak beroperasi seperti kebanyakkan kelas tuisyen biasa. sesi pembelajaran adalah lebih holistik dan tidak fokus semata-mata untuk belajar. waktu operasi adalah waktu malam bermula dari solat maghrib berjemaah hingga jam 10 malam. jadi sesi pembelajaran akan bermula dengan solat maghrib berjemaah, berzikir, bacaan al-quran dan tafsir, sesi tazkirah, solat isyak berjemaah dan baru diikuti dengan sesi pembelajaran mengikut subjek.

okeylah..tak leh citer lebey2. kena pastikan projek ni jalan dulu.
tak guna kalo cakap je tapi tak buat..!!
sesiapa yang berminat nak menyumbang boleh hubungi aku secara terus terang tanpa segan silu sebab nanti aku yang malu..erk


p/s: hari tu terbaca tentang kajian dari perpustakaan negara pada tahun 2005 tentang pembacaan dikalangan rakyat malaysia. didapati bahawa secara purata rakyat malaysia yang tercinta ini hanya membaca 2 muka surat setahun..!!! diulangi sekali lagi..2 muka surat setahun..!! adakah kita tergolong dalam golongan itu? aku dah keluarkan diri dari statistik tersebut sebabnya dah habis sebijik buku aku baca dan dah nak habis buku kedua. tak guna untuk kita masuk kursus banyak-banyak tapi tak banyak membaca..!! bacalah, anda pasti tak akan nampak bodoh. dengan membacalah korang akan membina idealism

No comments:

Related Posts with Thumbnails