disamping itu aku terlibat sebagai pembantu menyiapkan laporan-laporan akhir bagi beberapa projek penyelidikan di bawah beberapa orang rakan pensyarah. jadi kerja aku sekarang ni hari-hari mengadap komputer. kalo aku tak mengadap komputer, komputer yang mengadap aku (aku tido depan komputer lah tu). keje aku tak susah pun, hanya menyemak balik segala report yang telah ditulis dan membetulkan segala format mengikut standard terkini. bila dah siap, aku akan teruskan dengan proses mencetak dan buat hard cover. keje memang senang tapi bila melibatkan beratus muka surat untuk setiap geran. setiap report melibatkan berpuluh figure and table yang perlu disemak dan disusun mengikut turutan. actually setakat ni ada 3 geran yang perlu aku selesaikan. yang dah hampir siap 2 report.
walaupun bunyi cam sibuk semacam jek. tapi aku masih lagi sempat untuk menghantar 2,3 tender lagi untuk minggu ni. moga dipermudahkan urusan.
weekend ni nak berkhemah di gunung ledang (ada peluang jumpa puteri gunung ledang tak?). aktiviti bersama rakan-rakan dari 16-18hb. tapi confirm mencabar sebab aku semak ramalan cuaca menunjukkan setiap hari akan ada hujan samada pagi, petang atau malam. pergh...sejuk siot berkhemah masa cenggini...
No comments:
Post a Comment